• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / smart #1 Lancar Suku Keempat, Dapat Sentuhan Mercedes-Benz, Geely

smart #1 Lancar Suku Keempat, Dapat Sentuhan Mercedes-Benz, Geely

July 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) subkompak elektrik, smart #1 bakal dilancarkan subsidiari Proton, Pro-Net untuk pasaran Malaysia suku keempat tahun ini.

smart #1 ini dibina berasaskan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV), Smart Automobile, hasil usahasama antara Mercedes-Benz dan Geely.

Kami sudah memandu uji dua model smart #1, daripada varian premium smart #1 dan varian tertinggi Brabus di litar ujian Proton di Shah Alam. Berikut perincian ringkas smart #1 yang boleh kami kongsikan setakat ini:

Dimensi

  • Panjang: 4,270mm
  • Tinggi: 1,636mm
  • Lebar: 1,822mm
  • Jarak roda: 2,750mm

Walaupun kompak, tetapi smart #1 boleh tahan besar juga. Contohnya, SUV ini lebih panjang 205mm, dan lebih lebar daripada Perodua Ativa.

Bateri

smart #1 menggunakan bateri litium-nikel mangan kobalt oksida (NMC) berkapasiti 66kWh yang mampu memberi jarak perjalanan hingga 440km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Harmoni Sedunia (WLTP).

Proses mengecas hingga 150kW menggunakan pengecas pantas (DC) boleh dicapai dalam masa 30 minit untuk kapasiti 10-80 peratus. Pengecas biasa (AC) pula menerima 22kW dengan tempoh mengecas 10-80 peratus tiga jam.

Motor Elektrik

Varian premium (seperti dalam gambar) dibekalkan motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang menghasilkan kuasa 272ps (270hp) dan tork 343Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 6.7 saat.

Varian tertinggi (Brabus) menerima dwi-motor elektrik (AWD) berkuasa 428ps (426hp) dan tork 543Nm. yang memerlukan masa 3.9 saat untuk pecuran 0-100kmj.

Luaran smart #1

Rupa depan smart #1 menampilkan wajah ringkas, tetapi tampak premium kerana mendapat sentuhan Mercedes-Benz Global Team Design. Antara ciri rekabentuk dapat dilihat:

  • Gril depan berlampu
  • Logo berlampu di sisi
  • Bumbung halo panoramik
  • Signal belok sekuensial
  • hendak pintu tersembunyi
  • Pintu tanpa frem cermin (frameless)
  • Lampu LED Matriks
  • Ruang bukaan angin di kiri dan kanan bahagian depan
  • Rim 19 inci
  • Rel bumbung
  • But kuasa kapasiti 323 liter
  • Ruang bonet 15 liter

Lampu depan smart #1 menjadi tarikan utama bahagian luaran kerana boleh memaparkan pertunjukan lampu mengikut muzik diberikan.

Ruang kabin masih belum boleh didedahkan kepada umum, tetapi hadir dengan:

  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.8 inci dengan konektviti Apple CarPlay, dan Android Auto
  • Paparan kluster instrumen digital 9.2 inci
  • Paparan dongak (HUD) 10 inci
  • Sistem bunyi BEATS dengan 13 pembesar suara
  • Lampu ambien 64 warna pilihan
  • Kerusi kulit elektronik dengan fungsi ventilasi dan memori
  • Perehat lengan belakang
  • Ruang stroan konsol tengah dengan penyejuk

Keselamatan

Dari segi keselamatan, smart #1 dilengkapi:

  • 23 sensor
  • 23 fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Bantuan stereng
  • Pengecam papan tanda jalan
  • Amaran Buka Pintu
  • Tukar lorong automatik apabila signal diberikan
  • Bantuan parkir

smart #1 ini dijangka dilancarkan suku keempat tahun ini. Nantikan maklumat lanjut mengenai rekaan dalaman SUV EV ini pada 7 Ogos nanti.

BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Smart #1 Masuk Malaysia Tahun Depan!

smart #1 (2023)-1
smart #1 (2023)-2
smart #1 (2023)-3
smart #1 (2023)-4
smart #1 (2023)-5
smart #1 (2023)-6
smart #1 (2023)-7
smart #1 (2023)-8
smart #1 (2023)-9
smart #1 (2023)-10
smart #1 (2023)-11
smart #1 (2023)-12
smart #1 (2023)-13
smart #1 (2023)-14
smart #1 (2023)-15
smart #1 (2023)-16
smart #1 (2023)-17
smart #1 (2023)-18
smart #1 (2023)-19
smart #1 (2023)-20
smart #1 (2023)-21
smart #1 (2023)-22
smart #1 (2023)-23
smart #1 (2023)-24
smart #1 (2023)-25
smart #1 (2023)-26

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: EV, Geely, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Global Team Design, Pandu uji, Pronet, Proton, Roda4, Smart #1, Smart Automobile, SUV, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev