PENGELUAR motosikal India, Hero MotoCorp memperkenal streetbike baharu, Xtreme 200S 4V (2023) yang bakal memberi saingan sengit kepada pesaing seperti Suzuki Gixxer SF dan Bajaj Pulsar RS200 pada harga 141,000 rupee (RM7,830).
Hero Xtreme 200S 4V (2023) dengan varian tunggal ditawarkan dalam tiga warna pilihan dwi-tona, iaitu Moon Yellow (kuning), Panther Black Metallic (hitam) dan Matte Axis Grey Metallic (kelabu) berserta grafik badan.
PERINCIAN
- Rekabentuk keseluruhan versi 4-injap adalah sama seperti varian 2-injap seperti fairing, visor angin gelap, tangki minyak, pelana dua tingkat, ekzos sisi dan rim aloi 17 inci. Bagaimanapun, varian 4V didatangkan dengan bar hendal clip-on.
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 199.6cc penyejukan minyak/udara yang menawarkan kuasa 18.9hp @ 8,000rpm dan tork 17.35Nm @ 6,500rpm, manakala kotak gear klac manual 5-kelajuan.
- Dimensi panjang 2,000mm, lebar 745mm, tinggi 1,106mm dan jarak roda 1,344mm.
- Tinggi pelana 795mm, jarak tinggi bumi 165mm dan berat kasar 155kg.
- Frem jenis berlian dengan fork teleskopik konvensional di depan, dan monoshock di belakang.
- Rim 17 inci dibalut tayar 100/80 di depan, dan 130/70 di belakang.
- Brek cakera tunggal 276mm (depan), dan cakera tunggal 220mm (belakang), serta turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
- Kapasiti tangki minyak 12.8 liter.
- Panel meter LCD digital penuh tanpa warna, dan disedikan ciri sistem navigasi GPS belok demi belok.
Leave a Reply