• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / X-OTO Lancar Skuter Elektrik Roda Tiga dengan Kelajuan 72kmj, Harga RM34k!

X-OTO Lancar Skuter Elektrik Roda Tiga dengan Kelajuan 72kmj, Harga RM34k!

July 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


X-OTO memperkenal skuter elektrik tiga roda ke pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan paten sistem miring hingga 45º yang dikatakan menawarkan operasi membelok sama seperti skuter konvensional.

Skuter konfigurasi roda tunggal depan dan roda kembar belakang itu dilengkapi sistem mekanisme kestabilan tunggangan yang dianggap sesuai untuk penunggang baharu.

Berpangkalan di California, pengguna tidak memerlukan lesen motosikal sah untuk menunggang skuter X-OTO, dengan syarat memiliki lesen memandu kereta sah. Bagaimanapun, syarat itu mungkin berbeza daripada negeri lain di AS.

Pengasas syarikat X-OTO, Tim Huntzinger berkata;

Ia menawarkan pengalaman tunggangan berbeza. Mekanisme digunakan memberikan kestabilan ketika membelok walaupun dalam halaju rendah. Maksudnya, anda boleh miring ke tahap maksimum tanpa mengira skil tunggangan masing-masing."

"Ini lebih selamat berbanding motosikal biasa dan lebih mudah dikendali, sekali gus melupuskan semua halangan ramai orang."

"Skuter ini juga lebih mudah membawa pembonceng atau kargo berbanding motosikal elektrik lain, jadi sudah tentu lebih berguna kepada ramai orang. Di kebanyakan negeri, kamu tidak perlu lesen motosikal untuk menunggang."

PERINCIAN

  • Skuter roda tiga X-OTO menggunakan hab motor depan berkuasa 4,000W, yang jarang dapat dilihat kerana kebanyakan pengeluar menggunakan pacuan hab roda belakang.
  • Pemilihan penggunaan pacuan hab depan adalah untuk membolehkan tetapan miring skuter roda tiga tersebut.
  • Kelajuan maksimum 72kmj, lebih pantas berbanding kebanyakan motosikal elektrik mikro di pasaran.
  • Dilengkapi dua pek bateri kapasiti 4.3kWh, cukup untuk tunggangan sejauh 145km dalam halaju sederhana. Jika menunggang laju, bateri lebih cepat habis dan jarak tunggangan lebih terhad.
  • Pek bateri boleh ditanggalkan untuk tujuan mengecas, memberi kelebihan kepada pengguna yang menginap di bangunan bertingkat atau tiada akses stesen cas di kediaman.
  • Tempoh mengecas pek bateri 5 jam. Harga pula cuma AS$7,499 (RM34,140)!
X-OTO (2023) - 1
X-OTO (2023) - 3
X-OTO (2023) - 4
X-OTO (2023) - 5
X-OTO (2023) - 2

SUMBER: Electrek

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Mobiliti Elektrik, motosikal, motosikal elektrik, Roda3, Skuter elektrik 3 roda, Tim Huntzinger, X-OTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev