• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Iswara Terbabas Masuk Tali Air, Suspek Seludup Petrol Cabut Lari

Iswara Terbabas Masuk Tali Air, Suspek Seludup Petrol Cabut Lari

July 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG suspek dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan petrol melarikan diri selepas kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dipandunya terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Facebook KPDN Kelantan melaporkan, Proton Iswara Aeroback dengan pendaftaran tempatan itu dikesan dalam Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Tumpat, Kelantan pada jam 1 petang, kelmarin.

Suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan apabila berlegar-legar sekitar bandar Tumpat sebelum diekori anggota penguat kuasa.

Suspek bertindak memecut melarikan diri apabila menyedari diekori anggota penguat kuasa KPDN Kelantan sebelum terbabas dan meninggalkan keretanya di Jalan Bendang Kok Pasir.

Pemeriksaan menemui anggaran barang kawalan 50 liter bahan api dipercayai petrol dalam tangki tambahan yang diubah suai. Harga seliter petrol RON95 ialah RM2.05. Berikut hasil rampasan:

  • Bahan api: anggaran RM102.50
  • Proton Iswara: RM7,000

KPDN Kelantan menngingatkan akan mempertingkat operasi penguatkuasaan dan Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri tersebut semasa ke semasa.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan, Penyeludup Petrol Kelantan, Proton Iswara Aeroback, Seludup petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my