HONDA Malaysia mengumumkan membuka tempahan Honda City (2023) versi dipertingkat (facelift) di semua rangkaian pengedar sah seluruh negara. Model sedan versi dipertingkat itu akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.
Hadir dengan konsep 'The Best Gets Better', Honda City (2023) facelift itu menawarkan rekabentuk lebih bergaya dengan ciri termaju dan trenkuasa lebih bertenaga yang selangkah ke hadapan dalam segmen sedan segmen-B tempatan.
APA YANG BERUBAH?
- Penampilan luaran Honda City (2023) facelift hadir dengan rekaan lebih menarik yang menyerlahkan gaya hidup cita rasa tinggi dan sofistikated sebagai sedan praktikal.
- Honda City e:HEV RS kini lebih panjang dengan rekaan bampar baharu. Dimensi panjang kini 4,589mm, lebar 1,748mm dan tinggi 1,467mm.
- Honda City RS juga menerima naik taraf luaran melibatkan beberapa komponen baharu seperti gril sarang lebah (honeycomb), gril bawah bampar depan, difuser belakang, skirt sisi dan lencana RS baharu.
- Gaya sport varian RS lebih menonjol menerusi padanan set bambar baharu dan rim aloi dwi-tona 16 inci baharu.
- Honda City e:HEV RS dijana enjin hibrid 1.5L e:HEV dengan kombinasi dua unit motor elektrik dan sistem transmisi e-CVT yang menawarkan kombinasi kuasa dan penjimatan bahan api.
- Enjin hibrid e:HEV membolehkan varian ini menghasilkan kuasa 107.5hp dan tork 253Nm, iaitu paling berkuasa dalam kelas yang menyamai model segmen-D dengan daya tork daripada enjin aspirasi natural (NA).
LEBIH SELAMAT
Honda City e:HEV RS (2023) juga menerima pakej keselamatan dan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING dengan dua ciri baharu. Berikut ciri disediakan:
- Susur Halaju Rendah (LSF) - Baharu
- Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN) - Baharu
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;
Pada 2020, Honda Malaysia melancarkan generasi kelima Honda City. Tahun itu, kami meningkatkan tahap model jualan terbaik kami dengan memperkenalkan (varian) City RS e:HEV buat julung kali.
"Setakat ini, lebih 68,600 unit City generasi kelima sudah dijual sejak pelancaran, manakala separuh pertama 2023 kami menjual lebih 10,000 unit. Model ikonik ini nyata sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam segmen tersendiri."
Maklumat lanjut mengenai Honda City (2023) facelift atau membuat tempahan boleh layaru pautan ini ▶️ prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch menggunakan telefon pintar.
Maklumat tambahan boleh diperoleh dengan mengunjungi mana-mana 101 premis pengedar sah Honda atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau laman web www.honda.com.my.
Leave a Reply