• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Exora Rempuh Taska, Tiga Cedera Termasuk Bayi

Exora Rempuh Taska, Tiga Cedera Termasuk Bayi

July 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TIGA individu cedera ringan apabila sebuah Proton Exora yang sedang mengundur tiba-tiba merempuh masuk ke dalam sebuah taska di Kemaman, Terengganu.

Insiden berlaku di Taman Sri Chukai, Jalan Pengkalan Sir, di Kemaman kira-kira jam 7.30 pagi. Tiga mangsa dilaporkan cedera, iaitu guru wanita berumur 31 tahun, bayi lelaki (satu tahun) dan kanak-kanak perempuan (tiga tahun).

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan mendapati insiden berlaku ketika pemandu warga emas berusia 72 tahun yang tinggal di depan taska berkenaan hilang kawalan ketika mengundur keluar dari perkarangan rumah.

Menurutnya, warga emas itu dipercayai tertekan pedal minyak hingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya itu mengundur laju ke belakang hingga terlanggar bangunan taska di depan rumahnya pada jarak kira-kira 5 meter.

Hanyan berkata;

Ekoran pelanggaran itu, seorang bayi dan seorang kanak-kanak asuhan taska cedera badan, tangan dan kepala, serta gurunya yang mengalami kecederaan di lutut dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.”

Ketika kejadian berlaku, tidak ramai kanak-kanak berada di taska kerana masih belum dihantar ibu bapa masing-masing.

Warga emas yang juga pesara Kerajaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Insiden tersebut turut dikongsi EXCO Terengganu, Hanafiah Mat di Facebook.

SUMBER: TerengganuVoice | BuletinTV3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Exora Rempuh Taska Kemaman, Hanyan Ramlan, kemalangan, proton exora, Proton Exora rempuh taska, Roda4, taska, Terengganu, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my