• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Harga Rasmi Tesla Model Y di Malaysia Bermula RM199k

Harga Rasmi Tesla Model Y di Malaysia Bermula RM199k

July 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA rasmi kenderaan elektrik (EV) jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia bakal bermula daripada RM199,000 berdasarkan harga dipaparkan dalam konfigurator rasmi Tesla sebelum pelancaran rasmi 20 Julai ini.

Justeru rakyat Malaysia kini boleh menempah dan membuat penambahan spesifik terhadap Tesla Model Y selepas konfigurator untuk merekabentuk model itu diaktifkan untuk pasaran Malaysia dengan penghantaran dijangka bermula awal 2024.

Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga varian, iaitu:

  • Tesla Model Y RWD - RM199,000
  • Tesla Model Y Long Range AWD - RM246,000
  • Tesla Model Y Performance AWD - RM288,000

Berikut pilihan penambahan ditawarkan untuk mengubah suai Tesla Model Y di Malaysia:

  • Warna cat Hitam, Silver atau Biru: RM5,000
  • Warna cat merah (multi-coat): RM10,000
  • RIm 20 inci Induction Wheels:RM10,000
  • Interior hitam dan putih: RM5,000
  • Enhanced Autopilot: RM16,000
  • Kebolehan pemanduan autonomi sepenuhnya: RM32,000

Tesla Model Y RWD - RM199,000

Bagi varian aras mula, Tesla Model Y hadir dengan rim standard 19 inci dan motor tunggal di belakang untuk menggerakkan SUV ini sejauh 430km (mengikut kitaran WLTP) sekali cas. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 217kmj.

Ia hadir dengan Gemini standard bersaiz 19 inci, tetapi boleh ditambah baik kepada rim 20 inci Induction Wheels.

Tesla Model Y Long Range AWD - RM246,000

Berbeza varian terendah, varian Long Range datang dengan dwi-motor yang mampu memecut 0-100kmj sepantas 5 saat. Varian ini mampu bergerak lebih jauh, iaitu 533km (WLTP), dan kelajuan maksimum masih sama, 217kmj.

Rim juga bersaiz 19 inci sebagai standard, tetapi boleh dipertingkat kepada rim Induction Wheels 20 inci.

Tesla Model Y Performance AWD - RM288,000

Seperti namanya, Tesla Model Y Performance AWD ialah Model Y yang paling laju dan paling mahal. Dengan kelajuan maksimum 250kmj, SUV ini hanya memerlukan 3.7 saat saja untuk pecutan 0-100kmj.

Bagaimanapun, jarak perjalana kurang sedikit berbanding Long Range, iaitu 513kmj (WLTP). Varian ini turut menerima penambahbaikan lain seperti spoiler karbon, brek prestasi, pedal aluminium aloi dan suspensi renda.

Dalaman

Ciri dalaman SUV EV 5-kerusi ini dilengkapi bumbung cermin panoramik, unit infotaimen 15 inci, dua port pengecas telefon pintar jenis wayarles, 4 port USB Type-C, perehat tangan, material dalaman daripada sumber bukan haiwan, penyaman udara dengan kawalan iklim termaju berserta penapis HEPA.

Kapasiti ruang but 854 liter, manakal ruang bonet (yang menggantikan ruang enjin) ialah 117 liter.

Audio dan Media

Ciri audio diberikan ialah jenis premium dengan 13 pembesar suaran, siap dengan satu subwufer, dan dua amplifier.

Ada sambungan media dan muzik menggunakan konektiviti Bluetooth, dan USB Type-A dengan storan mudah alih berkapasiti 128GB.

Keselesaan

Antara keselesaan ditawarkan SUV EV Tesla ini adalah:

  • Kawalan tempat duduk depan elektronik
  • Ada pemanas kerusi depan dan belakang
  • Ada pemanas stereng
  • Ada penapis udara HEPA
  • Ada bumbung cermin gelas (tinted) dengan pelindung ultraungu dan inframerah.
  • Tempat duduk belakang boleh lipat berasingan
  • Ada karpet dalaman

Ciri lain

  • Lampu kabus LED
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik, automalap dengan fungsi pemanas
  • Profil pemandu kustom

Dimensi

Tesla Model Y memiliki dimensi panjang 4,751mm, lebar 1,921mm, tinggi 1,624mm, dan jarak roda 2,890mm.

Waranti

Pembeli akan diberikan waranti standard 4 tahun atau 80,000km. Ada juga waranti bateri dan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km.

Jika berminat menempah Tesla Model Y, layari Configurator Tesla untuk melakukan kustom model pilihan pada harga bermula RM199k, dengan bayaran tambahan RM500 untuk penghantaran dan fi pentadbiran, RM200 (pendaftaran dan nombor plat), dan RM1,000 (yuran tempahan).

Pembeli akan menikmati pengecualian duti import dan eksais untuk EV import (CBU) yang baru didaftarkan bersama pengecualian cukai jalan sepenuhnya.

Pemilik Tesla Malaysia juga mendapat pelepasan cukai pendapatan individu hingga RM2,500 ke atas perbelanjaan yang ada kaitan kos pemasangan, penyewaan, pembelian, termasuk alatan sewa beli atau yuran langganan untuk kemudahan pengecasan EV, untuk tahun taksiran 2023.

BACA >>> Tesla Debut Rasmi di Malaysia 20 Julai Ini
BACA >>> Tesla Malaysia Cari Pekerja Jawatan Tetap di Kuala Lumpur

Tesla Model Y (2023)-1
Tesla Model Y (2023)-2
Tesla Model Y (2023)-3
Tesla Model Y (2023)-4
Tesla Model Y (2023)-5
Tesla Model Y (2023)-6
Tesla Model Y (2023)-15
Tesla Model Y (2023)-13
Tesla Model Y (2023)-12
Tesla Model Y (2023)-11
Tesla Model Y (2023)-10

Related

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV EV, SUV Tesla, Tesla, Tesla Configurator, Tesla Malaysia, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev