• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ricciardo Kembali ke F1 Bersama AlphaTauri, Masuk 'Team B' Red Bull

Ricciardo Kembali ke F1 Bersama AlphaTauri, Masuk 'Team B' Red Bull

July 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MANTAN pelumba Formula Satu (F1) pasukan Oracle Red Bull Racing, Daniel Ricciardo bakal kembali ke F1 untuk menggantikan Nyck de Vries dalam pasukan AlphaTauri bermula minggu depan di Hungary hingga hujung musim ini.

Penasihat Red Bull, Helmut Marko memutuskan menggantikan de Vries selepas hanya berlumba dalam 10 perlumbaan musim ini bersama AlphaTauri, sekali gus memberi peluang kepada Ricciardo untuk berlumba buat kali pertama sejak kehilangan pelana McLaren penghujung tahun lalu.

Terdahulu, Ricciardo ditanya media mengenai kemungkinan berlumba untuk AlphaTauri dan bukan pasukan utama Red Bull, yang mana beliau tidak menolak tawaran tersebut kerana jika memandu untuk pasukan B Red Bull mungkin mampu mencipta peluang kembali ke pasukan utama Red Bull.

Jika itu bagi laluan kembali ke sini, maka ya, itu sesuatu yang aku akan tengok sebab akhirnya inilah tempat yang aku nak kembali," katanya.

Berita mengenai pemecatan de Vries timbul semalam (Selasa), ketika Ricciardo sibuk memandu Red Bull buat kali pertama dalam ujian tayar.

Bos Red Bull, Christian Horner, yang menyaksikan Ricciardo dalam ujian tayar, baru-baru ini gembira melihat Ricciardo yang masih tidak hilang sengat walaupun masih belum memandu F1 2023 selain ujian simulator.

Waktu ujian tayar adalah sangat kompetitif. Ia pemanduan yang sangat mengagumkan dan kami teruja melihat apa dibawa sepanjang musim ini untuk Daniel (Ricciardo) secara pinjaman di Scuderia AlphaTauri," katanya.

BACA >>> Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri
BACA >>> Aston Martin Vantage F1 Edition (2023) Versi Coupe, Roadster Kini di Malaysia! Harga RM978k

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alphatauri, Auto Terkini, Daniel Ricciardo, F1, Formula Satu, Oracle Red Bull Racing, Sukan Lumba F1, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my