• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Triumph Speed 400, Scrambler 400 X Cecah 10k Unit di India!

Tempahan Triumph Speed 400, Scrambler 400 X Cecah 10k Unit di India!

July 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BAJAJ Auto Ltd (Bajaj Auto) akan meningkatkan jumlah pengeluaran model Triumph Speed 400 dan Scrambler 400X untuk menampung 'respons tempahan luar biasa' yang diterima selepas kedua-dua model itu diperkenalkan ke pasaran global.

Tempahan di India untuk motosikal silinder tunggal pertama Triumph Motorcycles UK Ltd itu dilaporkan sudah melepasi paras 10,000 unit selepas debut di London pada 27 Jun lalu. Siri motosikal 400cc pula dilancarkan di India pada 5 Julai lalu.

Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma menyatakan pihaknya sudah menerima tempahan awal 10,000 unit motosikal membabitkan kedua-dua varian walaupun belum berada di bilik pengedar rasmi.

Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X ialah model yang dihasilkan menerusi kerjasama Bajaj-Triumph dan akan dikeluarkan menerusi kilang baharu Bajaj Auto di Chakan, dalam negeri Maharashtra.

HARGA

Sekadar makluman, Bajaj-Triumph mengumumkan harga jualan promosi 223,000 rupee (RM12,610) seunit untuk 10,000 unit pertama model Speed 400. Harga asal ialah 233,000 rupee (RM13,180) dan boleh didapati di bilik pameran bermula hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Bajaj dan Triumph masih belum mengumumkan harga jualan rasmi Triumph Scrambler 400 X yang dijangka berada di pasaran India menjelang Oktober ini.

EKSPORT HUJUNG TAHUN INI

  • Kilang Chakan memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 25,000 unit sebulan.
  • Sebagai permulaan, hanya 5,000 unit Triumph 400X akan dihasilkan setiap bulan dan boleh dipertingkat jika perlu.
  • Bajaj Auto dan Triumph juga bercadang memulakan eksport siri 400cc ke Britain, Asia Tenggara dan Jepun menjelang akhir 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Triumph, Nick Bloor berkata, India adalah antara pasaran motosikal terbesar yang membolehkan pihaknya menjual 1,000 unit motosikal sebulan.

Triumph memiliki pelanggan berbeza di India. Motosikal ini akan dibina di India. Kami juga ada kilang pengeluaran di Thailand dan Brazil yang akan digunakan untuk pengeluaran motosikal," katanya.

SUMBER: BQPrime

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bajaj Auto Ltd, Rakesh Sharma, Road2, Triumph Motorcycles UK Ltd, Triumph Scrambler 400X, Triumph Speed 400

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
    Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev