• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan Berus-Taiping Selatan Lebuhraya WCE Dibuka Hujung Tahun Ini

Laluan Berus-Taiping Selatan Lebuhraya WCE Dibuka Hujung Tahun Ini

July 10, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGENDALI Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) mensasarkan membuka empat lagi seksyen hujung tahun ini.

Ketua Operasi Lebuh Raya WCE, Syed Muhd Naguib Syed Mohd, berkata pembukaan itu melibatkan Seksyen SKVE, Banting, Assam Jawa dan Taiping Selatan.

wce-logo
plaza-tol-hutan-melintang

Beliau berkata, pembinaan Seksyen 11, iaitu dari Beruas ke Taiping Selatan yang melibatkan laluan 35.5km setakat ini sudah siap 88 peratus dan dijangka boleh beroperasi hujung tahun ini.

Pembinaan kini melibatkan elemen kejuteraan, tol, kerja-kerja pembinaan cerun dan kerja-kerja mekanikal,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus WCESB bersama media Perak di Ipoh, hari ini.

Syed Muhd Naguib berkata, disebabkan laluan berkenaan yang turut melalui Hutan Simpan Bubu, WCE akan turut membina pembetung kekotak haiwan sebagai langkah pemeliharaan alam sekitar dan ekosistem.

Ini bagi membolehkan apa saja perhubungan antara haiwan-haiwan tersebut dapat dikekalkan susulan pembinaan lebuh raya di kawasan itu.

Beliau berkata, bagi jajaran Perak, WCE merancang membina empat kawasan Rehat dan Rawat (R&R), iaitu R&R Teluk Intan (utara dan selatan), R&R Sungai Wangi (selatan), R&R Ayer Tawar (utara) dan R&R Sg Nyior (utara dan selatan).

Menurutnya, jajaran itu akan menyediakan dua hab kemudahan mengecas kenderaan elektrik (EV), iaitu di Lekir dan Teluk Intan.

Sementara itu, Syed Muhd Naguib berkata, jumlah kenderaan menggunakan WCE kini meningkat hingga 30 peratus, iaitu 50,000 hingga 60, 000 kenderaan sehari.

Aidilfitri baru-baru ini, aliran trafik mencapai jumlah tertinggi, iaitu 100,000 kenderaan sehari, dan 85,000 pada Aidiladha lalu,” katanya.

Terdahulu, WCE jajaran Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Lebuh raya merentasi Selangor dan Perak sejauh 233km itu dibina sepanjang pesisiran pantai barat Semenanjung untuk kemudahan penduduk setempat dan pengguna lebuh raya ke utara.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Syed Muhd Naguib Syed Mohd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev