• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Pengangkutan Mohon RM10j Perluas Program MyLesen B2

Kementerian Pengangkutan Mohon RM10j Perluas Program MyLesen B2

July 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan memohon peruntukan RM10 juta untuk memperluas program MyLesen B2 supaya lebih ramai golongan B40 dapat memiliki lesen motosikal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peruntukan itu boleh dimanfaatkan lebih 30,000 orang menerusi program MyLesen B2, iaitu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal).

Sebelum ini, Kerajaan sudah melancarkan program MOT itu menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan peruntukan RM2.7 juta di bawah Belanjawan MADANI 2023 yang memberi manfaat 9,000 calon golongan B40 seluruh negara.

Loke berkata;

Ia (peruntukan RM10 juta) itu supaya lebih ramai golongan B40 dapat memiliki lesen motosikal secara percuma.

Inisiatif ini bertepatan usaha Kerajaan mendidik masyarakat akan kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya dan pembudayaan keselamatan jalan raya dalam kalangan belia."

Beliau ditemui selepas hadir pada penyerahan lesen memandu di bawah program MyLesen B2 peringkat Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di Pusat Latihan Memandu Balik Pulau.

Pada majlis itu, 293 pelajar daripada 12 sekolah di daerah Barat Daya yang terdiri daripada kumpulan B40 menerima lesen memandu kelas B2.

Loke berkata lagi, program MyLesen B2 juga adalah komitmen dan usaha cakna Kerajaan Perpaduan membantu golongan B40 mempertingkat taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah, selain  melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Katanya, Kerajaan berharap inisiatif itu dapat membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2 dan melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten serta selamat.

BACA >>> Kerajaan Lancar Program MyLesen B2 untuk Bantu B40 Dapatkan Lesen Motosikal
BACA >>> Kerajaan Cadang Masukkan Lesen PSV E untuk Pandu Bas dalam Program MyLesen

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anthony Loke, Anthony Loke Siew Fook, B40, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal), mylesen b2, Program MyLesen B2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev