• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Volkswagen Tiguan Allspace (2023) Kini dengan Ciri IQ.DRIVE, Harga Mula RM166k!

Semua Volkswagen Tiguan Allspace (2023) Kini dengan Ciri IQ.DRIVE, Harga Mula RM166k!

July 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan ciri IQ.DRIVE kini ditawarkan pada barisan model Volkswagen Tiguan Allspace (2023) yang terdiri daripada tiga varian: R-Line 4MOTION, Elegance dan Life.

Berikut harga atas jalan tanpa insurans untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D baharu itu tanpa pakej jaminan Volkswagen (VAP) adalah:

  • Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI - RM166,590
  • Volkswagen Tiguan Allspace Elegance 1.4TSI - RM195,590
  • Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI 4MOTION - RM247,073.60

Antara ciri IQ.DRIVE diberikan terdiri daripada Bantuan Depan (FA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi (SA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Bantuan Lorong (LA) bagi memastikan perjalanan lebih selesa dan selamat. Ciri pengecas wayarles juga menjadi ciri standard semua varian.

Model atasan, Volkswagen Tiguan Allspace R-Line menggunakan enjin 2.0 TSI Turbo dengan output 218hp (220ps) dan tork 350Nm yang dipadankan transmisi dual-klac DSG 7-kelajuan.

Volkswagen Tiguan Allspace Elegance dan Allspace Life pula dijana enjin 1.4 TSI Turbo berkuasa 148hp (150ps) dan tork 250Nm serta dipadankan transmisi dual-klac DSG 6-kelajuan yang menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dengan penjimatan bahan api 7.7 liter per 100km.

Ketiga-tiga varian kini ditawarkan dengan Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) untuk waranti lanjutan tanpa had perbatuan dan servis selama tiga tahun.

Bergantung model terpilih, pakej VAP bernilai daripada RM8,000 hingga RM10,000. Bagi pelanggan yang tidak mahu membeli pakej jaminan akan menerima waranti tanpa had perbatuan dua tahun dan bantuan jalanan lima tahun.

BACA >>> Enjin ICE Masih Perlu, Volkswagen Tiguan (2024) dengan Transmisi DSG Kini Fasa Akhir Pandu Uji
BACA >>> VPCM Tawar Pakej Jaminan untuk Volkswagen Golf GTI, Arteon R-Line, Bayar Serendah RM8k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: IQ. Drive, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV segmen-D, VAP, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Tiguan Allspace

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev