• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bezza Kekal 'King of Perodua', Axia E Habis dalam Masa 48 Jam!

Bezza Kekal 'King of Perodua', Axia E Habis dalam Masa 48 Jam!

July 7, 2023 By Sharil 1 Comment

FacebookTwitter


DALAM tempoh enam bulan pertama 2023, Perodua menghasilkan 153,813 unit kenderaan, menyaksikan peningkatan 17 peratus berbanding 131,641 unit dalam tempoh sama tahun lalu (2022).

Peningkatan angka pengeluaran itu meningkatkan jumlah pendaftaran kereta Perodua sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 unit bagi tempoh separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit tempoh sama tahun lalu.

Bezza menjadi model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah didaftarkan sepanjang Januari dan Jun sebanyak 40,555 unit, disusuli Myvi (32,319 unit) dan Axia (28,199 unit).

Pada suku kedua 2023, Perodua merekodkan jualan 66,126 unit, berbanding 65,719 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Prestasi pengeluaran dan jualan lebih tinggi separuh pertama 2023 disumbangkan bekalan komponen mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang kami.”

Beliau berkata, Perodua berada di landasan betul untuk memenuhi sasaran pengeluaran 330,000 unit dan sasaran jualan 314,000 ditetapkan tahun ini kerana pengeluar nasional itu sudah menambah baik kecekapan operasi.

Menurutnya, antara penambahbaikan dilakukan Perodua adalah catatan ‘tact time’ lebih pantas (masa diperlukan menghasilkan sesebuah kenderaan) daripada 1.35 minit kepada 1.25 minit di kilang Perodua Global Manufacturing (PGMSB).

Bagi perbandingan suku-ke-suku, Perodua mengeluarkan 69,013 unit kenderaan pada suku kedua 2023 (2Q23), meningkat 1 peratus daripada 68,316 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Zainal Abidin berkata, sebahagian besar prestasi pengeluaran Perodua suku pertama 2023 disumbangkan usaha syarikat itu dalam memenuhi tempahan bawah inisiatif Penjana.

Malah Perodua Axia E yang dilancarkan baru-baru ini turut mendapat sambutan baik dengan 2,500 unit sedia ada sudah diedarkan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Zainal Abidin berkata lagi, walaupun tempahan sedia ada sangat menggalakkan, ada beberapa cabaran perlu diatasi seperti  kos pembiayaan lebih tinggi dan kekurangan bekalan yang mungkin berlaku secara berkala.

BACA >>> Perodua Axia E (2023) Transmisi Manual Kembali ke Pasaran, Harga RM22k!
BACA >>> Skandal Daihatsu: MIROS Mahu Nilai Semula Perodua Axia (2023)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Myvi, Perodua, Perodua Axia E (2023), Perodua Bezza, Perodua Global Manufacturing (PGMSB)

Comments

  1. Axia says

    August 6, 2023 at 10:11 PM

    Tahniah Perodua atas pencapaian yang gemilang! Prestasi peningkatan pengeluaran dan pendaftaran kereta dalam separuh pertama 2023 adalah suatu pencapaian yang luar biasa. Bangga dengan sambutan baik untuk model terbaru, Axia E. Semoga Perodua terus berjaya hadapi cabaran dan mencapai sasaran pengeluaran dan jualan tahun ini. Teruskan usaha untuk memberikan kualiti terbaik kepada pengguna setia.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev