PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, minggu depan.
Menurut PM, perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan penambahan pelaburan bilionair tersebut di Malaysia.
Anwar ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Seremban, hari ini berkata;
Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.”
Beliau juga memaklumkan, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara, tumpuan tentulah meningkat pelaburan domestik dan menarik pelaburan asing.
Minggu lalu saya jumpa pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan lalu saya ke China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah.
Menurutnya, ini penting kerana jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak berkembang dan menjejaskan restoran, hotel dan lain-lain.
BACA >>> Tesla Debut Rasmi di Malaysia 20 Julai Ini
BACA >>> Tesla Malaysia Cari Pekerja Jawatan Tetap di Kuala Lumpur
SUMBER: Utusan
Leave a Reply