• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video 4 Jahanam Curi Cermin Sisi Kereta di Indonesia

Video 4 Jahanam Curi Cermin Sisi Kereta di Indonesia

July 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAYAH curi cermin sisi kereta di Indonesia kembali hangat dengan satu lagi insiden membabitkan sekumpulan empat suspek lelaki bermotosikal menceroboh kediaman penduduk di sekitar Kota Bekasi dalam wilayah Jawa Barat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan empat suspek itu menunggang dua skuter ke kediaman mangsa, dan salah seorang suspek kemudian memanjat pagar rumah sebelum mencabut cermin sisi kereta.

Suspek juga membawa satu alatan panjang, dipercayai digunakan untuk memotong kabel cermin sisi kereta yang dicuri.

Laporan mendedahkan insiden pertama berlaku di kompleks kediaman Wahana Pondok Gede, Perkampungan Jatisari, Jatiasih di Bekasi.

Insiden kecurian cermin sisi kereta juga berlaku di dua kawasan lain, iaitu kompleks kediaman Suryadharma (Jatiasih) dan Perkampungan Jatiranggon yang dilaporkan terjadi antara jam 1 pagi dan 2.30 pagi, Isnin lalu.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bandar Bekasi, Erna Ruswing Andari berkata, pihaknya kini mencari bukti dan sedang memburu empat suspek berkenaan.

Terdahulu, CNN Indonesia pernah melaporkan kejayaan Polis Indonesia menangkap 15 suspek terlibat 23 kes jenayah sama sejak Januari 2021.

SUMBER: Liputan6 | Tribune

Related

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Curi cermin sisi kereta, Erna Ruswing Andari, Indonesia, Roda4, videotomotif, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my