• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vietnam Dapat Dua KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023), Jutawan Kosmetik Pemilik Model Hitam

Vietnam Dapat Dua KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023), Jutawan Kosmetik Pemilik Model Hitam

July 6, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKAN saja Malaysia, negara jiran Vietnam pun mendapat hyper naked KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) yang dikeluarkan dalam unit terhad untuk pasaran global.

Kehadiran KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) itu tular dalam satu video yang menunjukkan model edisi khas tersebut diserahkan kepada jutawan, juga peminat kereta di bandar raya Ho Chi Minh City, Hoang Kim Khanh.

Walaupun video tidak didedahkan nama pemilik misteri model KTM itu, tetapi berdasarkan model Ferrari 488 Pista Spider dan Aston Martin Vantage berwarna kuning lemon, jelas dapat disahkan pemilik itu ialah Kim Khanh.

Brabus ialah syarikat talaan popular dalam membangunkan produk Mercedes-Benz yang mana KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) ialah produk kolaborasi antara Brabus dan KTM. Ini juga model dua roda pertama yang membawa logo Brabus.

Model ini dibangunkan Brabus berasaskan KTM 1290 Super Duke R Evo dengan mengubah beberapa perincian rekabentuk menjadi lebih ringkas tetapi lebih rapi.

Penampilan paling menonjol ualah kluster lampu depan bulat, penutup tangki minyak aerodinamik dan subfrem belakang lebih sporty. Brabus juga menggunakan banyak material gentian karbon pada panel luaran motosikal tersebut dengan mendapat berat 30kg lebih ringan daripada model asal.

Pelana belakang ditutup, manakala pelana penunggang dibalut kulit merah dan diberikan ciri pemanas. Ciri lain yang ada ialah panel meter TFT, kluster suis pada bar hendal, sistem suspensi Apex dan brek Brembo.

Trenkuasa dijana enjin LC8 2-silinder 1,301cc, sama seperti KTM 1290 Super Duke R Evo dan ditala untuk menghasilkan output kuasa 180hp, meningkat 3hp daripada nadi asal.

Cuma 154 unit KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) dihasilkan yang dibahagikan sama rata antara warna Signature Black (hitam) dan Magma Red (merah). Jika satu unit dibawa masuk ke Malaysia, di Vietnam pula hanya dua unit dibawa masuk dalam warna berlainan setiap satu. Kim Khanh pula menjadi pemilik model berwarna hitam.

Sebagai makluman, KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) yang dibawa masuk ke Malaysia (foto atas) juga berwarna hitam dan sudah pun dijual kepada pemilik misteri pada harga RM430,000! Berapakah pula harga model itu di Vietnam?

Harga KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023) di Vietnam dikatakan bernilai lebih 2.2 bilion dong (RM431,850), iaitu lebih dua kali ganda daripada KTM 1290 Super Duke R Evo yang berharga 929 juta dong (RM182,360)

hoang-kim-khanh-jutawan-vietnam-lamborghini
hoang-kim-khanh-jutawan-vietnam-lamborghini-2

Siapa Kim Khanh? Beliau ialah usahawan yang memiliki rangkaian salun kecantikan seluruh Vietnam yang memiliki koleksi supercar hebat seperti McLaren Senna, Koenigsegg Regera, Ferrari 488 Pista Spider, Lamborghini Aventador S, Aston Martin Vantage, dan banyak lagi.

SUMBER: Zingnews

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hoang Kim Khanh, Hyper Naked, Jutawan Vietnam, KTM 1290 Super Duke R EVO, KTM Brabus, KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev