PENGURUS pasukan Repsol Honda, Alberto Puig baru-baru ini ada berkongsi kepada saluran rasmi MotoGP mengenai aksi GP Belanda 2023 sebelum cuti musim panas di Assen.
Topik perbincangan itu ada kaitan dengan kondisi fizikal dan mental Marc Marquez. Puig memulakan cerita dengan mengesahkan kedua-dua perkara itu sebagai 'tidak baik'.
MARQUEZ DAH CUBA TAPI GAGAL
Puig berkata;
Fizikalnya, dia jelas menanggung kesakitan. Kemalangan kat Jerman jejaskan dirinya dan dia tak sertai saingan. Sepanjang minggu tu dia dah cuba tapi masih gagal.
"Dia cakap... 'aku sakit sangat, sakit tuh di sini'... sambil menyentuh bahunya. Jadi, kami pun pi lah jumpa doktor dan dia sendiri yang putuskan untuk isytihar diri dah tak fit.
"Ini bukan masa baik untuk kami, hang tak rasa happy kalau hang sendiri duk tanggung masalah dalam setiap race, dan dia dah cuba segalanya."
Puig menyifatkan juara dunia lapan kali itu boleh berdepan setiap situasi, tetapi tidak gembira kerana gagal mencapai sebarang kejayaan dan menyelesaikan masalah yang menyebabkan dia kecewa.
RAMAI PELUMBA HONDA CEDERA
Puig turut meluahkan rasa bimbang terhadap situasi pelumba Honda selepas pasukannya 'hilang' dua pelumba harapan akibat kecederaan, Joan Mir dan Marquez.
Beliau berkata;
Ini situasi buruk, hilang barisan pelumba. Dari perspektif Honda, ini memang teruk. Kami tak dapat cari solusi untuk keadaan ini, kami perlu melatih.
"Secara jujur, kami betul-betul perlu siasat keadaan ini sebab kami perlu letak balik semua rider atas motor mereka untuk dapatkan pretasi lebih baik. Ini aku sedang cuba buat dan aku akan cakap benda ni bila ada kat Jepun."
MULA RASA BENGANG
Puig juga menggesa pengeluar (Honda) mengarahkan lebih ramai wakil Jepun bekerja dan melihat semua masalah berkenaan secara langsung dari pit.
Pengurus pasukan HRC itu kecewa kerana tiada wakil Jepun mengikuti kerja dibuat dari lokasi perlumbaan. Menurutnya;
Aku bukan ada kat Jepun. Aku kat Eropah dan aku nampak apa berlaku kat sini setiap minggu. Aku tak nampak pun mana-mana mamat Jepun (Honda) kat Eropah. Dan depa pun tak nampak masalah (sebenar)."
"(Dengan) Hanya bagitau apa berlaku, aku tak rasa depa boleh nampak apa masalah (dihadapi), depa bukan boleh buat semua benda dengan tepat."
"Tapi aku faham la ada orang sini duk bagi repot setiap perkara ke pihak factory untuk cuba selesaikan keadaan ini, depa akan tau apa sepatutnya kena buat."
Bagaimanapun, Puig masih tidak faham kegagalan pihak Jepun melihat masalah yang berlaku sedangkan hasil keputusan cukup jelas. Menurutnya;
Dalam kes ni, aku rasa macam bila hang tengok saja keputusan, hang patut tau apa patut buat, tak kiralah kat Jepun, Eropah atau China, itu tak penting, hang faham dak?"
"Kalau keputusan teruk untuk Honda, semua orang patut faham apa dah berlaku kat sini."
PESANAN PUIG KEPADA HONDA
Puig tahu apa perlu dilakukan Honda sepanjang tempoh cuti musim panas ini sebelum aksi GP British 2023. Saranannya;
Apa kami kena terus buat adalah jangan berhenti berlatih dan kerja. Satu benda dalam otak aku sekarang adalah hantar mesej ke Honda supaya depa tak berehat dan terus bekerja untuk dapat balik kedudukan normal.
"Itu apa kami perlu buat, terus bekerja dan terus berlatih untuk bawa sebuah motor lebih baik untuk (kegunaan) rider-rider kami."
SUMBER: BoxRepsol | HondaRacing| MotorcycleSport
Leave a Reply