PFMoto (Paifang Moto) ialah pengeluar motosikal dari China yang bernaung bawah Zhejiang Geely Holding Group (Geely), dan pernah menjadi sebutan apabila selepas berkongsi foto resolusi rendah lakaran motosikal touring pada 2022.
Ketika itu, ada pihak beranggapan PFMoto cuma satu lagi pengeluar China yang sekadar berkongsi foto prototaip, tetapi tidak akan dikomersialkan.
Bagaimanapun, PFMoto menafikan tanggapan negatif itu dengan memperkenalkan Starship 6, iaitu model touring ala Honda Gold Wing, tetapi bersaiz lebih kecil.
PFMoto Starship 6 dilengkapi kotak barang sisi yang dikatakan mirip Honda Gold Wing. Model China itu turut dilengkapi kotak barang atas di belakang pelana bonceng.
Model itu juga dilengkapi visor angin besar, pelana rendah dan bar hendal dalam posisi cruiser yang lebih santai dan mesra tunggangan berjarak jauh.
Bagaimanapun, PFMoto the Starship 6 tidak dilengkapi trenkuasa berkuasa, tetapi memilih enjin lebih kecil jenis V-Twin 573cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 60hp dan 55Nm.
Motosikal dengan berat 280kg itu hadir dengan beberapa ciri menarik seperti visor angin boleh laras elektrik, panel meter TFT warna penuh, konektiviti Bluetooth dan pembesar suara. Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai harga.
BACA >>> Geely Tambah Pegangan dalam Aston Martin kepada 17 Peratus!
BACA >>> #Perbandingan: Proton X90 vs Geely Okavango, Ada Beza Ke?
SUMBER: RideApart
Leave a Reply