• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Varian Baharu Proton X70 1.5 TGDi Premium X Lancar di Malaysia, Harga RM126,800!

Varian Baharu Proton X70 1.5 TGDi Premium X Lancar di Malaysia, Harga RM126,800!

July 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON mengumumkan varian baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, Proton X70 1.5 TGDi Premium X yang kini hadir secara eksklusif dalam pilihan warna Quartz Black (hitam) pada harga RM126,800, termasuk bumbung suria.

Sebelum ini ciri bumbung suria hanya ada pada varian 1.8 TGDi untuk pasaran tempatan.

Harga itu menjadikan varian baharu dengan enjin 1.5L tersebut sebagai Proton X70 1.5L paling mahal, iaitu lebih RM3,000 daripada varian 1.5 TGDi Premium, tetapi RM2,000 lebih murah daripada varian 1.8L.

Selain disebut, ciri dan spesifikasi varian baharu ini sama saja dengan varian 1.5 TGDi Premium, iaitu enjin 1.5L TGDi yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berkuasa 175hp (177ps) dan 255Nm.

Jika tidak berminat warna hitam, pelanggan boleh juga memesan Proton X70 baharu ini dalam warna Snow White (putih) dan Jet Grey (kelabu). Menariknya, dalam masa terhad, pelanggan yang berminat membeli model ini dapat menikmati diskaun hingga RM7,000!

BACA >>> Proton X70 Sambut Ulang Tahun ke-4, Ini 10 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edisi Terhad, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton Holdings Bhd, Proton X70 1.5 TGDI Premium X (2023), Roda4, SUV, SUV Segmen-C, x70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev