PERLUMBAAN Formula Satu (F1) GP British 2023 akan berlangsung hujung minggu ini dengan menyaksikan salah satu pasukan tuan rumah, McLaren kembali menampilkan liveri krom pada jentera MCL60 seakan mengimbau seragam lama pasukan itu.
Sempena ulang tahun ke-60 McLaren, pasukan F1 itu mengembalikan imej krom yang pernah ditampilkan pada jentera F1 pada 2006 hingga 2014.
We're bringing CHROME BACK. 😍
With @GoogleChrome, the MCL60 will sport the iconic Chrome livery at the #BritishGP. ✨#ChromeIsBack pic.twitter.com/xLKRxknYXr
— McLaren (@McLarenF1) July 3, 2023
Bagaimanapun, seragam krom tersebut masih kekal mengetengahkan warna jingga sebagai tema warna McLaren, tidak seperti sebelum ini dalam warna merah dan krom pada era Vodafone Mclaren Mercedes.
Liveri istimewa tersebut ialah seragam khas kedua musim ini selepas McLaren berlumba dengan liveri sedikit berbeza di GP Monaco sempena tribut pencapaian tiga kejuaraan.
Selain liveri khas MCL60, pelumba Mclaren F1, Lando Norris dan Oscar Piastri juga akan menyarung helmet, sut lumba dan but khas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McLaren Racing, Zak Brown berkata, bukan rahsia ramai menyukai liveri krom klasik McLaren dan Google Chrome yang mahu mengembalikan elemen seragam ikonik tersebut bagi meraikan sejarah pasukan itu di GP British.
Aku pasti liveri ini akan mengembalikan kenangan indah buat ramai peminat kami, dan aku tak sabar nak tengok di trek halaman kami,” katanya.
BACA >>> Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri
BACA >>> Opai Bukan Pemilik Nombor Plat QPA1 McLaren?
Leave a Reply