• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition (2023) Lancar di Malaysia, RM208k!

Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition (2023) Lancar di Malaysia, RM208k!

July 5, 2023 By Shawkath Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran superbike Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition ke pasaran Malaysia dengan skema warna Pearl Glare White (putih).

Harga jualan RM208,800 seunit, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, manakala waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

Berikut perincian Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition (2023):

Setiap unit memiliki nombor siri khas, dan model edisi khas ini dibina berasaskan CBR1000RR-R Fireblade SP.

Lencana dan logo ulang tahun ke-30 tertera atas tangki minyak, termasuk dipaparkan pada skrin panel meter TFT 5 inci, mufler Akrapovic dan kunci Honda SMART.

Trenkuasa 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 999cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 213hp @ 14,500rpm, dan tork 113Nm @ 12,500rpm.

Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi QuickShifter dan Sistem klac antigelincir Assist & Slipper

Kotak angin dan saluran masuk udara direka semula untuk aliran udara lebih lancar. Beban spring Throttle-by-Wire (TBW) dikurangkan bagi menambah baik respons bukaan atau perahan minyak.

Sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) ditala semula berdasarkan respons pelumba.

Ada tiga mod tunggang standard dengan opsyen untuk penunggang membuat talaan kuasa penuh, pembrekan enjin, kawalaan wheelie dan HSTC. Pakej elektronik juga termasuk mod mula Start Mode.

Frem jenis berlian berasaskan material aluminium dengan swingarm gaya jentera lumba RC213V-S.

Saiz sproket lebih besar, 43 mata berbanding 40 mata untuk menambah baik pecutan jarak sederhana.

  • Rim aloi 17 inci dengan saiz tayar 120/70 (depan) dan 200/55 (belakang).
  • Dwi-brek cakera 330mm dengan kaliper Brembo 4-piston (depan), dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper Brembo 2-piston. Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Dipasangkan fork terbalik (USD) 43mm Ohlins NPX Smart-EC (kawalan elektronik) di depan, dan monoshock Ohlins TTX36 Smart-EC dengan fungsi boleh laras penuh.
  • Meminjam input dan rekaan aerodinamik daripada jentera MotoGP, Honda RC213V termasuk winglet.

 

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: akrapovic, autoterkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition, Honda RC213V MotoGP, Honda SMART, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my