• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menang Sony Playstation 5 Jika Bayar Parkir Guna Touch ‘n Go eWallet

Menang Sony Playstation 5 Jika Bayar Parkir Guna Touch ‘n Go eWallet

July 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet kini boleh membuat bayaran caj parkir kenderaan di kawasan di bawah pengendalian 19 pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk liputan penuh Selangor dan Kuala Lumpur.

Semalam, penyedia perkhidmatan e-dompet itu menambah tiga lagi kawasan PBT dalam senarai sedia ada, iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Seremban:Nilai dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

SENARAI PENUH 19 PBT

Tambahan tiga PBT baharu itu meluaskan kemudahan parkir untuk pengguna di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

BAYAR PARKIR BOLEH MENANG SONY PLAYSTATION 5?

Satu kempen promosi sedang berlangsung dalam usaha menggalakkan ramai pengguna Touch ‘n Go (TNG) membuat bayaran caj parkir menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Kempen bermula 3 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023.

Pengguna yang membuat bayaran minimum 40 sen menggunakan ciri parkir eWallet layak mendapat pulangan tunai (cashback) hingga 50 sen! (cuma sekali sahaja).

Promosi cashback pula cuma sah untuk 250,000 transaksi pertama dan tamat sebaik kempen berakhir atau kuota penuh.

Pengguna yang membuat bayaran minimum lima kali sepanjang tempoh kempen dengan perbelanjaan minimum 40 sen set dikira layak memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah menarik seperti:

  • Sony Playstation 5 Digital Version dengan satu alat kawalan - 2x unit
  • Telefon bimbit Realme C55 - 5x unit
  • PIN tambah nilai RM100 - 15x unit

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni berkata;

Touch ‘n Go eWallet ialah e-dompet pertama yang menawarkan liputan penuh parkir atas jalan di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan ini, kami menyelesaikan kesukaran dialami pengguna kami, khususnya tempat ketiadaan mesin bayaran parkir.

“Dengan lebih 300,000 pengguna membuat bayaran parkir dengan Touch ‘n Go eWallet setiap hari, langkah mengembangkan ini membawa berita baik kepada lebih banyak pengguna. Harapan kami menawarkan liputan parkir atas jalan seluruh negara."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alan Ni, Auto Terkini, Majlis Bandaraya Seremban-Nilai, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Roda4, Touch ‘n Go eWallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev