GWM Malaysia mengumumkan pembukaan premis berstatus 4S, masing-masing di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebagai langkah memudahkan pelanggan mendapatkan khidmat sokongan selepas jualan dan membantu merancakkan penerimaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Pusat 4S GWM di Seremban, Negeri Sembilan dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kelmarin. Berikut butiran mengenai dua premis terbaharu GWM Malaysia:
1. GWM Seremban
Dikendalikan pengedar Seremban Victory Credit Sdn Bhd (Seremban Victory Credit). Dilengkapi empat ruang baik pulih kenderaan elektrik (EV) dengan luas premis kira-kira 11,000 kaki persegi.
Mampu mempamerkan lima model kenderaan pada satu-satu masa, dan memiliki 12 kakitangan.
2. GWM Penang
Pusat 4S ini diuruskan pengedar CS Euro Auto Sdn Bhd (CS Euro Auto) yang memiliki enam ruang baik pulih EV dengan keluasan premis 25,000 kaki persegi.
Premis ini juga mampu mempamerkan lima model serentak dan memiliki 17 kakitangan bertugas.
PENINGKATAN KEPERLUAN PENGECAS EV
Kedua-dua premis dilengkapi kemudahan Wifi, bilik mesyuarat, ruang istirahat, sudut permainan dan makanan snek ringan serta minuman percuma. Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata:
Dengan rancangan strategik GWM, pembukaan pusat servis 4S di Seremban adalah langkah penting untuk memenuhi keperluan orang bergerak dari kawasan bandar ke luar bandar ketika bandar Seremban menyaksikan peningkatan penduduk signifikan.
"Sebagai tambahan, premis di Pulau Pinang adalah negeri dengan bandar utama yang menyaksikan peningkatan mendadak rangkaian pengecasan untuk EV."
Sebelum ini, GWM Malaysia membuka Pusat 4S di USJ, Subang Jaya yang menyaksikan ramai pengunjung datang untuk memandu uji model Haval H6 dan GWM Cannon.
Leave a Reply