• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki GSX-S1000 Race Edition (2023) Diperkenal di Perancis, Harga RM86.5k!

Suzuki GSX-S1000 Race Edition (2023) Diperkenal di Perancis, Harga RM86.5k!

July 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI France dan SERT (Suzuki Endurance Racing Team) menghasilkan satu lagi model edisi terhad, Suzuki GSX-S1000 Race Edition (2023) pada harga jualan bermula serendah €16,999 (RM86,560).

Model ditawarkan eksklusif untuk pasaran Perancis itu ialah produk kedua tahun ini selepas pengenalan Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023) bulan lalu.

Suzuki GSX-S1000 Race Edition (2023) meminjam skema warna SERT dengan menerima beberapa pembaharuan untuk fiil tunggangan lebih sporty dengan peningkatan prestasi.

Perubahan fizikal dibuat seperti kemas kini ekor belakang, termasuk kowl pelana untuk imej mirip jentera trek. Turut ditambah ialah set pelindung kotak engkol dan enjin GB Racing.

Kaliper brek daripada jenama Brembo berwarna merah, manakala sistem ekzos standard digantikan unit Akrapovic jenis slip-on. Tambahan lain ialah nombor plat SERT FW dan pek cenderahati seperti topi dan baju-T.

Trenkuasa digunakan kekal jenis 4-lejang 4-silinder sebaris 999cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), berkuasa 152hp @ 11,000rpm, meningkat kira-kira 2hp berbanding model standard global.

Suzuki GSX-S1000 Race Edition - 4
Suzuki GSX-S1000 Race Edition - 2
Suzuki GSX-S1000 Race Edition - 3
Suzuki GSX-S1000 Race Edition - 1

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, SERT (Suzuki Endurance Racing Team), Suzuki Endurance Racing Team, Suzuki France, Suzuki GSX-S1000 Race Edition (2023), Suzuki V-Strom 800DE Rally Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev