• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Keperluan Bina KXP, Pulau Pinang Masih Mampu Tampung Keperluan Kargo, Penumpang

Tiada Keperluan Bina KXP, Pulau Pinang Masih Mampu Tampung Keperluan Kargo, Penumpang

July 2, 2023 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT)
berpandangan kemudahan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) masih mampu mengendalikan permintaan kargo dan penumpang berdasarkan dapatan konsultan Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP).

Bagaimanapun, Kementerian tiada halangan mengenai cadangan pelaksanaan Pusat Kecemerlangan MRO Kedah Aerotropolis (KAAMROCE) dan hab Logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) sebagai sebahagian pembangunan bercampur di bawah Kedah Aerotropolis, tetapi tiada keperluan buat masa ini untuk lapangan terbang baharu dibangunkan.

Kerajaan Negeri Kedah wajar menjadikan lapangan terbang sedia ada, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar (foto atas) atau LTAPP sebagai fasiliti yang menyokong pelaksanaan KAAMROCE dan SLAM bagi membolehkan projek itu dilaksanakan segera.

Kenyataan itu adalah penjelasan dan pendirian Kerajaan berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan atau pembangunan termasuk isu pembinaan KXP.

ltapp-penang-international-airport
mahb-logo

Kementerian Pengangkutan kini sedang melaksanakan Kajian NASP yang dijangka siap akhir tahun ini, bertujuan menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik supaya pembangunan dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar bersandarkan data sahih dan tepat.

LTAPP kini masih mempunyai kapasiti mencukupi untuk mengendalikan sebarang peningkatan dari segi pengendalian penumpang hingga 20 juta penumpang setahun (mppa) hingga 2042.

Justeru pembinaan KXP hanya boleh dipertimbang selepas LTAPP mencapai kapasiti maksimum 20 juta mppa yang diunjurkan pada 2042.  Setakat ini, tiada sebarang cadangan penyertaan swasta yang mampu membiayai kos projek KXP.

Berdasarkan perbandingan, unjuran kargo KXP yang disediakan KXP Airportcity dan unjuran LTAPP yang disediakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), unjuran kargo KXP yang dicadangkan agak tinggi bagi sebuah lapangan terbang baharu berbanding unjuran kargo di LTAPP sebagai lapangan terbang yang sudah lama beroperasi dengan jaringan kesalinghubungan udara meluas.

Dalam hal ini, KXP adalah sebuah lapangan terbang baharu dan bukan lapangan terbang sedia ada yang mempunyai infrastruktur serta jaringan kesalinghubungan yang tersedia dan meluas.

Menurut Kementerian, kemampuan KXP sebagai lapangan terbang antarabangsa kargo berasaskan unjuran kargo disediakan KXP Airportcity boleh dipertikai dan kurang tepat.

klia-air-cargo-terminal
maskargo

Dapatan kajian NASP juga menunjukkan 92 peratus kargo dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah daripada perkhidmatan penerbangan penumpang melalui 'belly cargo', dan hanya 8 peratus kargo dikendalikan perkhidmatan penerbangan penuh kargo.

Ia menggambarkan kebergantungan KXP terhadap perkhidmatan penerbangan penuh kargo semata-mata tidak akan memberikan lonjakan besar kepada KXP untuk menjadi lapangan terbang kargo berdaya maju, sebaliknya KXP perlu juga bergantung kepada perkhidmatan penerbangan penumpang untuk mengangkut kargo.

Kementerian Pengangkutan mendakwa sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap cadangan pembangunan Kerajaan Negeri atau pelabur swasta yang membawa manfaat ekonomi, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan lestari.

Namun, pada masa sama akan meneliti secara mendalam mana-mana pembangunan, termasuk lapangan terbang bagi memastikan projek berkenaan berdaya maju dan berdaya tahan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kedah Aerotropolis, Kementerian Pengangkutan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev