• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Pengangkutan Kaji Kadar Cukai Jalan EV - Loke

Kementerian Pengangkutan Kaji Kadar Cukai Jalan EV - Loke

July 1, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan yang akan dikenakan bagi kenderaan elektrik (EV) supaya lebih rendah berbanding kenderaan biasa, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat supaya cukai jalan EV lebih murah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi menggalakkan lebih ramai pengguna memiliki EV.

Menurutnya, cukai jalan EV ketika ini adalah percuma hingga 2025, tetapi kementerian mengambil maklum mengenai beberapa maklum balas dalam kalangan pengguna EV yang mahu tahu kadar cukai kenderaan EV selepas tamat tempoh berkenaan.

Kementerian Pengangkutan, yang juga anggota dalam Pasukan Petugas Khas EV dipengerusikan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada mesyuarat beberapa hari lalu, kita ada bentangkan satu kertas kerja bagaimana menyokong industri EV ini.

"Antara perkara akan dilaksanakan pihak kementerian adalah mengkaji semula struktur pencukaian jalan EV. Mengikut kaedah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memang ada pengiraan bagi kenderaan EV, dan memang pengiraaan cukai jalan bagi EV lebih mahal berbanding kereta biasa," katanya.

Loke berkata, keputusan kadar cukai jalan EV akan diputuskan tahun ini. Kementerian juga bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk EV bagi tujuan membezakan daripada kenderaan biasa.

Bagi aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan, cara pengendalian kereta itu berbeza daripada kenderaan lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air saja. Pasukan bomba ada prosedur operasi standard sendiri," katanya.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025
BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Cukai Jalan (LKM) Perlu Dibayar Pemilik Kenderaan Indonesia?

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Cukai Jalan EV, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev