• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Speed 400, Scrambler 400 X (2024) Diperkenal, Harga Masih Rahsia

Triumph Speed 400, Scrambler 400 X (2024) Diperkenal, Harga Masih Rahsia

June 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENANTIAN menyaksikan produk kerjasama Bajaj-Triumph sudah berakhir. Triumph Motorcycles secara rasmi memperkenalkan dua model siri 400, iaitu Triumph Speed 400 dan Triumph Scrambler 400 X.

Kedua-dua model itu berkongsi trenkuasa sama siri TR berkapasiti 400cc silinder tunggal dengan gaya rekabentuk hampir sama. Secara asas, dua model itu menyerlahkan warisan binaan Triumph dan bukan Bajaj.

1. TRIUMPH SPEED 400 (2024)

Didatangkan dalam tiga warna pilihan: Carnival Red (merah), Caspian Blue (biru) dan Phantom Black (hitam).

Panel meter analog dengan skrin LCD, berserta fungsi navigasi dan soket USB-C yang boleh disambung kepada telefon pintar.

Sistem lampu LED penuh dengan rekabentuk lampu signal belok capang dan disepadukan bersama lampu belakang. Pilihan tetapan lampu signal belok dibuat mengikut syarat pasaran.

Dijana trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 398cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 39.5hp @ 8,000rpm, dan tork 37.5Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (ASC).

Frem jenis tunjang hibrid (hybrid spine) daripada keluli tubular dengan sambungan subfrem.

Sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm Big Piston Forks (BFF) di depan, dan monoshock boleh laras prabeban di belakang.

Sistem brek cakera tunggal 300mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan brek cakera 230mm (belakang), serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar Metzeler Sportec M9RR.

Memiliki dimensi panjang 2,056mm, lebar 795mm, dan tinggi 1,075mm, manakala jarak roda 1,377mm dan berat kasar 170kg. Tinggi pelana 790mm, dan kapasiti tangki minyak 13 liter. Harga belum diumumkan.

2. TRIUMPH SCRAMBLER 400 X

Ada tiga warna pilihan: Matt Khaki Green/Fusion White (hijau putih), Carnival Red/Phantom Black (merah hitam) dan  Phantom Black/Silver Ice (hitam perak).

Dijana trenkuasa sama seperti Speed 400, tetapi hadir dengan komponen tambahan seperti gril lampu utama, gad radiator, gad enjin, gad tangan dan madgad depan lebih panjang selain pad tangki minyak.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh dinyah aktif untuk tunggangan off-road, dan ada juga tambahan klac bantuan-tork (TAC).

Sistem brek lebih besar dengan cakera depan 320mm (Speed 400: 300mm), manakala cakera belakang sama seperti Speed 400 (230mm).

Saiz rim 19 inci di depan, dan 17 inci di belakang yang setiap satu dibalut tayar Metzeler Karoo Street.

Sistem suspensi sama seperti Speed 400, tetapi ada perbezaan jarak travel, iaitu 150mm di depan (Speed 400: 140mm), dan 150mm di belakang (Speed 400: 130mm).

Memiliki dimensi lebih besar daripada Speed 400 dengan panjang 2,117mm, lebar 825mm, dan tinggi 1,190mm, manakala jarak roda 1,418mm. Tinggi pelana 835mm, dan  berat 179kg.

TRIUMPH SPEED 400 (2024)
TRIUMPH SPEED 400 (2024)10
TRIUMPH SPEED 400 (2024)5
TRIUMPH SPEED 400 (2024)8
TRIUMPH SPEED 400 (2024)6
TRIUMPH SPEED 400 (2024)9
TRIUMPH SPEED 400 (2024)7
TRIUMPH SPEED 400 (2024)11
TRIUMPH SPEED 400 (2024)4
TRIUMPH SPEED 400 (2024)12
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)2
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)3
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)4
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)5
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)12
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)13
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)11
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)10
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)8
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)6
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)7
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)18
TRIUMPH SCRAMBLER 400 X (2024)15

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bajaj-Triump, roda2, Triumph Scrambler 400 X, Triumph Speed 400

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev