• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Tak Jadi Teruskan Projek Monorel Putrajaya - Menteri

Kerajaan Tak Jadi Teruskan Projek Monorel Putrajaya - Menteri

June 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN tidak bercadang meneruskan projek monorel Putrajaya berikutan terdapat alternatif pengangkutan awam lain di kawasan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan bas pengantara sedia ada dari Putrajaya Sentral melibatkan lima laluan iaitu ke Presint 10, Presint 16, Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8 juga sudah ditambah baik.

Memang ada kajian pernah dibuat, tetapi projek monorel Putrajaya sudah lama terbengkalai sejak sekian lama.

"Struktur yang masih ada (iaitu) satu terowong bawah tanah sudah dibina ketika itu, tetapi sudah lama dan setakat ini belum ada sebarang kajian dibuat sama ada struktur tersebut masih boleh diguna pakai atau tidak," katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya sama ada Kerajaan akan menyiapkan pembinaan projek monorel Putrajaya bagi mengurangkan kesesakan jalan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Loke berkata, Kerajaan sentiasa terbuka meneliti sebarang kebolehlaksanaan projek lain untuk menaik taraf sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan sekitarnya.

Kita akan melihat alternatif lain untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas pengantara antara stesen Putrajaya Sentral ke presint yang disebutkan. Perkhidmatan bas sudah ditambah baik dan saya harap memberi kemudahan kepada penduduk di Putrajaya dan sekitarnya," katanya.

Sementara itu, Loke mendedahkan bilangan penumpang dijangka terus meningkat dengan penambahan tren Transit Aliran Massa (MRT) baharu yang akan beroperasi di Laluan Kelana Jaya selain penyiapan penuh kerja membaik pulih struktur retak di Laluan Ampang.

prasarana-logo
pas-perjalanan-tanpa-had-my50

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan demi menggalakkan peralihan ke mod pengangkutan awam yang lebih selesa, selamat dan rendah karbon.

Selain itu, pas perjalanan tanpa had MY50 bagi perkhidmatan rel dan bas juga diteruskan sebagai usaha Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam," katanya.

BACA >>> Tangguh Monorel Putrajaya Sejak 2004 Buat Kerajaan Rugi Lebih RM800j
BACA >>> Menteri: Baik Pulih Tren LRT Laluan Ampang Siap Sepenuhnya 2027

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan Malaysia, monorel putrajaya, My50, Pas Perjalanan Tanpa Had, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev