• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bosch Cadang Hasilkan Sistem ABS Belok untuk Motosikal Kapasiti Kecil

Bosch Cadang Hasilkan Sistem ABS Belok untuk Motosikal Kapasiti Kecil

June 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PORTAL automotif Motorrad bertemu wakil Bosch untuk mengajukan beberapa persoalan tentang aspek dan pembangunan keselamatan motosikal seperti tawaran teknologi itu ke pasaran massa.

Pengurus Pembangunan Bosch untuk Keselamatan Motosikal di Eropah, Christian Groeger tampil menjawab soalan diajukan. Berikut soal jawab dilakukan:

Apa Bosch lakukan tentang keselamatan motosikal?

Bosch memperkenalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk motosikal sejak lebih 25 tahun lalu, satu sumbangan besar kepada keselamatan jalan raya.

"Sejak itu, banyak perkara sudah berlaku. Sistem ABS untuk motosikal kini menjadi wajib untuk kebanyakan pasaran. Sebagai tambahan, kajian kemalangan kami mendapati banyak kemalangan berlaku ketika membelok.

"Memandangkan algoritma sistem ABS jarang mengambil kira sudut miring dalam kiraan, tingkah laku membrek juga tidak melibatkan sudut miring di selekoh.

"Dalam kes paling buruk, anda boleh tergelincir dan tersasar keluar di selekoh. Jadi, kami memutuskan untuk menambah satu ciri kepada sistem ABS kami yang menawarkan kestabilan membelok lebih baik ketika membrek dan meningkatkan kelajuan, Ini cerita 2008.

"Tidak sampai lima tahun kemudian, (teknologi) Kawalan Stabiliti Motosikal (MSC) daripada Bosch diperkenalkan pada siri model KTM.

"Hari ini, ciri kawalan kestabilan motosikal menjadi komponen standard model motosikal baharu. Di sini, kami nampak spektrum penuh daripada motosikal aras mula hingga motor kapasiti tinggi dan (untuk) semua trenkuasa."

Adakah perkara itu mendapat sambutan pasaran?

Sejak mula diperkenalkan melalui KTM, banyak pengeluar motosikal global lain juga memilih MSC daripada Bosch sebagai solusi keselamatan.

"Kami mengesan ada peningkatan signifikan untuk kadar perlindungan, terutama sejak 2016. Sebab itu kami menggunkan teknologi MSC dengan ABS dan gabungan sistem pembrekan.

"Penyelesaian MSC dengan ciri keselamatan termaju dan keselesaan kerap digunakan motosikal saiz sederhana dan besar di pasaran seperti di Eropah dan Amerika Utara.

"Di sini berlaku kombinasi dengan unit sensor kadar putaran 6D digunakan yang membantu menentukan sudut miring."

Dan untuk kelas (motosikal) lebih kecil?

Kami juga sedang membangunkan solusi MSC untuk motosikal kapasiti kecil yang banyak digunakan, khususnya di negara membangun seperti India dan China.

"Pada masa akan datang, kami akan lebih banyak menggunakan varian ABS kompak sebagai asas untuk tujuan itu, bukan hanya gabungan dengan unit 6D, tetapi juna sensor 3D.

"Dengan solusi mampu milik, kami mahu menawarkan aspek keselamatan lebih tinggi kepada pasaran massa dan menawarkan MSC untuk semua kelas motosikal. Kami akan memiliki pelanggan pertama dalam segmen (motosikal) aras mula menjelang tahun ini."

Macam mana ABS Belok berfungsi?

Sensor roda depan dan belakang akan mengukur halaju masing-masing. Kombinasi beberapa sensor kadar rewang (yaw rate sensor) pada satu unit membolehkan kelajuan dan pusingan diukur melalui tiga paksi dalam 6D ketika tunggangan dalam 100 kali sesaat."

Kenapa banyak pengeluar bergantung kepada MSC pada motosikal?

MSC tidak menjejaskan kepuasan tunggangan, tetapi boleh berlaku situasi membahayakan penunggang, (misalnya) ketika mendaki dan di selekoh.

"Berdasarkan kajian dibuat Kajian Kemalangan Bosch (Bosch Accident Research), 5 peratus kemalangan semua jenis motosikal yang mengakibatkan kecederaan di Jerman boleh dicegah atau diatasi dengan ciri kawalan kestabilan motosikal.

"Kalau semua motosikal dilengkapi MSC, ia boleh membawa kesan besar dan sumbangan efektif terhadap keselamatan jalan raya."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bosch, Bosch Accident Research, Christian Groeger, Kawalan Kestabilan Motosikal (MSC), roda2, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), teknologi keselamatan motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my