• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naza Teroka Bisnes Durian Premium, Termasuk Musang King, Tuai Hasil 2027

Naza Teroka Bisnes Durian Premium, Termasuk Musang King, Tuai Hasil 2027

June 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NAZA Corporation Holdings (Naza Group) mengumumkan satu cabang perniagaan baharu, iaitu projek tanaman durian di bawah Naza Agro Plantation (Naza Agro).

Menurut laporan, Naza Agro sudah memulakan fasa pertama projek seluas 580 ekar daripada keluasan keseluruhan tanah 2,000 ekar di Raub untuk tanaman durian dengan menumpukan kepada durian jenis Musang King dan varian premium lain.

Projek itu dikatakan bertujuan menyumbang kepada eksport dunia Malaysia menerusi kutipan hasil fasa pertama seawal 2027. Sasaran utama ialah varian Musang King yang menyaksikan kenaikan permintaan global terutama dari China, Singapura dan Hong Kong.

Naza Group dalam satu kenyataan menjelaskan;

Dengan memanfaatkan teknologi dan Internet Kebendaan (IoT), NAZA Agro sudah membuat pelaburan dalam salah satu sistem pengairan dan fertigasi teratas, suatu sistem unggul yang boleh menawarkan pengairan ketepatan untuk pertumbuhan lebih tinggi dan hasil kutipan lebih baik dalam semua corak iklim, jenis tanah atau topografi."

"Ladang itu juga meneroka penggunaan Teknologi Argikultur Digital (AgTech) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)."

Naza Agro turut melantik syarikat Top Fruits yang menjadi salah satu pengeksport utama durian premium ke China dan negara lain sebagai rakan strategik.

Ladang Naza Agro terletak di Mukim Semantan Ulu di Raub, Pahang iaitu antara Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom.

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Durian Musang King, Internet Kebendaan (IoT), Mukim Semantan Ulu, Musang King, Naza Agro Plantation (Naza Agro), Naza Corporation Holdings, Naza Jual Durian, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Top Fruits

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my