• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Renault Group: "Alpine Tetap Bangunkan Platform EV Sendiri Walaupun Tanpa Lotus"

CEO Renault Group: "Alpine Tetap Bangunkan Platform EV Sendiri Walaupun Tanpa Lotus"

June 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ALPINE bakal membangunkan platform kenderaan elektrik (EV) sendiri untuk kereta sport elektrik selain bercadang menghasilkan lebih satu model EV.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault Group, Luca de Meo berkata, Alpine pada Mei lalu membatalkan kerjasama dengan Lotus untuk menghasilkan kereta sport.

Kereta sport itu. yang sepatutnya dihasilkan menerusi kerjasama Lotus, diumumkan pada 2021 dan dilihat sebagai pendekatan menang-menang untuk dua jenama terkenal tersebut dengan mengurangkan kos binaan platform elektrik bespoke.

Memorandum keputusan dipersetujui membabitkan model A110 yang bakal berkongsi casis dan teknologi model Lotus Type 135, termasuk memiliki sel bateri yang diposisikan menegak belakang pemandu.

Luca de Meo

Lotus mendakwa pihaknya akan meneruskan projek tersebut walaupun Alpine memilih keluar daripada usahasama berkenaan.

Persetujuan kedua-dua pihak menamatkan usahasama berkenaan menimbulkan pertanyaan mengenai komitmen Alpine berhubung kereta sport dan peralihan kepada trenkuasa elektrik.

De Meo memberitahu portal Autocar;

Kami ada perbincangan panjang dan memutuskan membina platform sendiri.”

Menurutnya, Alpine bercadang menghasilkan lebih satu model menggunakan platform tersebut, tetapi tiada butiran lanjut dikongsi mengenai kemungkinan platform berkenaan digunakan model selain kereta sport.

Alpine juga berkongsi hala tuju pembangunan kenderaan masa depam pada hari pertemuan pelabur pada masa akan datang.

Laurent Rossi

CEO Alpine, Laurent Rossi berkata, pihaknya bercadang melancarkan lima model kereta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bermula hot-hatch A290 berasaskan Renault 5, Alpine akan menghasilkan model crossover kompak GT X-Over pada 2025. Kereta sport EV pula dijangka tiba menjelang 2026. Selepas itu, ada dua lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz besar diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Renault sedang berusaha menempatkan Alpine sebagai jenama premium yang akan memanfaat teknologi Renault dan platform lain di luar pemilikan kumpulan tersebut.

Keputusan Renault bergerak sendiri membangunkan platform tersebut dijangka meningkatkan kos perlu ditanggung untuk produk berkenaan.

SUMBER: Autocar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alpine, Auto Terkini, autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), Laurent Rossi, Lotus, Luca De Meo, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my