• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bautista Uji Ducati Desmosedici GP23 di Itali, Cuma Lebih 0.5 saat daripada Rekod Trek

Bautista Uji Ducati Desmosedici GP23 di Itali, Cuma Lebih 0.5 saat daripada Rekod Trek

June 23, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


ALVARO Bautista melengkapkan dua hari tunggang uji jentera MotoGP, Ducati Desmosedici GP23 di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli dengan catatan lebih 0.5 saat daripada rekod MotoGP di trek Itali itu.

Bautista, yang juga juara bertahan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022, melengkapkan 99 pusingan sepanjang dua hari tunggang uji itu dengan masa lap terpantas 1:32.590.

Rekod MotoGP di GP San Marino, Itali dicatatkan Enea Bastianini (foto atas), juga pelumba Ducati daripada pasukan Gresini Racing, pada 2022 dengan masa lap 1:31.868. Ini bermakna Bautista cuma terlewat 0.722 saat daripada kelajuan terpantas direkodkan Bastianini, tahun lalu.

Bautista berkata;

Ini ujian yang bagus. Aku sangat seronok dapat ride Ducati Desmosedici GP dan puas dengan kerja yang kami buat. Antara hari pertama dan kedua, feeling semakin baik. Terima kasih kepada pasukan dan Ducati yang adjust motor dengan beberapa perubahan untuk bantu aku rasa lebih selesa.

"Kami juga bekerja untuk cari keyakinan dengan solusi macam-macam tayar, dan keputusan yang kami dapat sangat ketara. Masa? Itu tak penting sebab aku tak pernah push pun untuk masa. Tak ada sebab nak ambil risiko.

"Masa depan? Sekarang ni ada pada Donington dan Imola. Kami ada dua pusingan yang sangat dekat, dan selepas pengalaman bagus ini, aku cuma fikir pasal kejuaraan WorldSBK."

Bautista akan kembali dalam saingan WorldSBK 2023 hujung minggu depan (30 Jun - 1 Julai)  di Britain.

BACA >>> Bastianini Juara GP Aragon 2022, Quartararo Terbabas Rempuh Marquez
BACA >>> WorldSBK: Bautista 'Rujuk' Semula Ducati Musim Depan
BACA >>> GP Itali 2022 Makin Suram Tanpa Rossi?

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alvaro Bautista, Auto Terkini, Ducati, Ducati Desmosedici GP23, enea bastianini, Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK), MotoGP, sukan permotoran, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev