• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen Cas ChargeEV Kini Ada di 6 Pejabat Pos Malaysia

Stesen Cas ChargeEV Kini Ada di 6 Pejabat Pos Malaysia

June 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


POS Malaysia Berhad melancarkan stesen cas kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan chargEV hasil kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech (YGT) di enam Pejabat Pos Malaysia terpilih seluruh negara.

Stesen cas EV tersebut tersedia setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 malam  di Pejabat Pos Malaysia terpilih seperti Shah Alam, Ipoh, Melaka,  Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru.  

Pengecas akan dipasang secara berperingkat dengan rancangan  meluaskan liputan ke Pejabat Pos lain dalam memastikan akses lebih mudah untuk  pemilik EV selain menyokong peningkatan jumlah EV dalam negara.  

Setiap alur keluar mempunyai 1 pengecas arus terus (DC) dengan dua nozel jenis CCS2 (pengecas pantas) berkuasa 40kW. Pengecasan UV hingga 80 peratus memerlukan masa 60 minit hingga 90 minit, bergantung model EV.

Pengecas chargEV direka untuk memberikan pengguna EV, yang juga pelanggan Pos Malaysia, pengalaman pengecasan optimum dan prestasi pengecasan cekap dan boleh dipercayai.  

Selari perkembangan matlamat sifar emisi, Pos Malaysia baru-baru ini menggunakan lebih 40 e-Bike untuk menghantar mel dan bungkusan di seluruh Lembah Klang tanpa melepaskan karbon. Menjelang akhir 2023, Pos Malaysia mensasarkan mempunyai  gabungan lebih 200 e-Bike dan 140 e-Van seluruh Semenanjung Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, pihaknya sangat teruja menawarkan penyelesaian mobiliti lestari untuk terus menggembirakan pelanggan.

Dengan kerjasama rakan kongsi seperti Yinson, kami dapat memacu perubahan positif dalam bidang pengangkutan lestari dan mengurangkan kebimbangan jarak bagi pengguna EV menerusi pemasangan stesen cas EV di pejabat pos kami," katanya.

CEO YGT, Eirik Barclay pula berkata, pelancaran stesen chargEV ini bukan saja memperluas rangkaian pengecasan menyeluruh bagi menawarkan pengguna EV dengan pengalaman mudah dan lancar,  tetapi turut memberi manfaat kepada Pos Malaysia dalam mengurangkan jejak karbon.

Inisiatif itu juga bertujuan menggalakkan pengguna EV meneroka pelbagai tawaran Pos Malaysia sambil mengecas kenderaan di cawangan pejabat pos yang turut menyediakan servis seperti Cafe Mesra, ZUS Coffee, Photobook dan  chargEV.

BACA >>> Kirim RX-Z Guna Pos Laju, Bayar Lebih RM1k, Tapi 3 Bulan Masih Tak Sampai Lagi
BACA >>> Trak Pikap Tata Xenon Jadi Pilihan Pos Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: chargEV, Pos Malaysia, Pos Malaysia Berhad, Stesen Pengecas EV, Yinson GreenTech (YGT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev