• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Trend Langgar Lampu Isyarat Asal Jalan 'Clear' Macam Tak Ada Penyelesaian

#SembangDeras: Trend Langgar Lampu Isyarat Asal Jalan 'Clear' Macam Tak Ada Penyelesaian

June 22, 2023 By admin.pandulaju Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kamera aes
PERLUKAH setiap lampu isyarat dan lokasi strategik di Malaysia dilengkapi kamera pengawasan untuk tujuan penguatkuasaan? Jawapannya, ya.

Sudah tentu idea ini mengundang perdebatan hangat antara netizen. Sebelum bercerita panjang, jom tonton satu contoh video tular yang memaparkan insiden biasa di Malaysia.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2023/06/video-langgar-lampu-merah-baru.mp4

Video ini tidak melibatkan kemalangan yang meragut nyawa. Andai kata, situasi itu berlaku, barulah isu seperti ini dipandang serius. Jadi lebih serius jika berlaku kemalangan membabitkan banyak kenderaan lain. Betul?

PERLU KE TAMBAH KAMERA PENGAWASAN?

Ada yang akan bantah kerana idea ini membebankan kantung Kerajaan sedangkan Malaysia sudah ada pelbagai agensi penguatkuasaan dengan jumlah anggota dipercayai lebih enam angka.

Apatah lagi jika Kerajaan tiba-tiba bercadang menaikkan sebarang cukai atau memperkenalkan cukai baharu untuk menambah kutipan hasil kerana mahu meningkatkan lagi perbelanjaan penguatkuasaan termasuk membiayai pemasangan kamera pengawasan atau menambah bilangan anggota untuk mengecilkan nisbah antara penguat kuasa dan pengguna jalan raya.

Mungkin akan ada individu yang akan menunding jari kepada institusi memandu kerana modul lapuk atau gagal menyemai kesedaran tinggi dalam kalangan pemandu dan penunggang baharu untuk patuh peraturan jalan raya.

Jangan kita samakan tahap kesedaran dan kepatuhan segelintir pemandu baharu terhadap undang-undang jalan raya ketika mereka berusaha untuk lulus ujian lesen memandu dan tingkah laku sebenar selepas berjaya dapat lesen sah.

SALAHKAN MODEL KERETA?

Tidak dinafikan ada juga netizen yang akan menyalahkan model jenama kenderaan tertentu yang sebagai pemandu suka langgar peraturan jalan raya. Lihat kepada pemandu tersebut, bukannya model atau jenama produk.

Hakikatnya, sikap dan kesedaran pengguna jalan raya di Malaysia berhubung isu keselamatan jalan raya dan nyawa manusia masih terlampau rendah. Pendek kata, kita berdepan masalah mentaliti yang melihat nyawa orang lain macam tidak bernilai.

Jadi, apa cara terbaik untuk mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang sudah lama ditetapkan?

Kempen keselamatan? Usaha yang dibuat tetapi tidak mendatangkan apa-apa impak berterusan. Beratus kempen sudah dijalankan Kerajaan dan pihak swasta tetapi hasilnya?

Saman dan denda? Ada yang akan cakap:

Saman pun saman lah, nanti mesti diorang kasi diskaun untuk bayar saman. Kalau bukan 30 percent, ada 50 percent"

Ini memang jelas dapat dilihat termasuk tawaran diskaun kompaun daripada beberapa agensi penguatkuasaan pada hari-hari bersejarah termasuk pengumuman untuk menggembirakan hati rakyat.

Jadi, apa solusinya? Terus berdebat di media sosial dan dibuai cerita populis?

BACA >>> Penunggang Ducati Maut Jatuh Jejambat 30 Meter, Polis Buru Motosikal Lawan Arus
BACA >>> Mat Motor Selamba Langgar Lampu Merah Depan Peronda JPJ
BACA >>> Polis URB Putus Kaki, Jeep Mabuk Buat 'U-Turn' Ikut Suka

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Auto Terkini, sembang deras

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev