• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki, SkyDrive Tandatangan Kerjasama Bina 'Kereta Terbang' di Jepun Tahun Depan

Suzuki, SkyDrive Tandatangan Kerjasama Bina 'Kereta Terbang' di Jepun Tahun Depan

June 21, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan berlepas dan mendarat vertikal elektrik (eVTOL) terkemuka Jepun yang berpangkalan di Toyota City, SkyDrive menandatangani perjanjian asas bersama Suzuki Motor Corporation untuk bekerjasama dalam pembuatan pesawat eVTOL SkyDrive atau 'kereta terbang'.

Kilang Suzuki Group di wilayah Shizuoka akan digunakan untuk membina eVTOL SkyDrive, iaitu pesawat ringan berkuasa elektrik 3-kerusi dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak (seperti helikopter).

SkyDrive turut mensasarkan memulakan pengeluaran pesawat tersebut sekitar musim bunga tahun depan. Syarikat itu bakal menubuhkan subsidiari milik penuh, khusus untuk tujuan mengeluarkan pesawat eVTOL SkyDrive.

Suzuki juga akan bekerjasama dengan subsidiari itu dalam menjamin keselamatan sumber manusia dan membuat persediaan lain sebelum memulakan proses pembuatan. Menurut SkyDrive, terma dan syarat lebih khusus akan dipersetujui melalui perbincangan berterusan selepas ini.

Kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian pada Mac tahun lalu untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk pemasaran kereta terbang.

Presiden Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki berkata, Suzuki berusaha keras ke arah mencipta produk berharga yang menyumbang kepada merealisasikan dunia dengan orang ramai menggunakan langit sebagai pengangkutan harian.

BACA >>> Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
BACA >>> Suzuki Pula Teroka Segmen Kereta Terbang, Versi Elektrik, Fokus Pasaran India

skydrive-logo
suzuki-logo
eVTOL-SkyDrive-6
SKYDRIVE-Interior
SkyDrive-and-Suzuki-2048x1365
eVTOL-SkyDrive-4
eVTOL-SkyDrive-3
eVTOL-SkyDrive-2
eVTOL-SkyDrive-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, eVTOL Skydrive, japan, Kereta Terbang, pesawat, SkyDrive, Suzuki, Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev