• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Puji Mental Marquez

Quartararo Puji Mental Marquez

June 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo menyatakan kekagumanya dengan kekuatan mental Marc Marquez yang terus berusaha ke tahap maksimum walaupun terlibat dalam beberapa insiden kemalangan dan kecederaan.

Marquez memilih menarik diri dalam aksi GP Jerman hujung minggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan kelima pada sesi Kelayakan di litar sama yang menyebabkan retak jari.

Sepanjang musim ini, pelumba Repsol Honda itu terbabit dalam 12 kemalangan, sama seperti rakan sepasukan Joan Mir dan adiknya, Alex yang berada di tangga teratas pelumba paling banyak terjatuh.

Pelumba dengan nombor 93 itu sudah terlepas tiga daripada tujuh pusingan musim ini akibat kecederaan di Portimao.

Sejak kembali ke litar, Marquez masih mampu menjadi pelumba Repsol Honda terpantas, tetapi terbabas sekali lagi di GP Perancis dan GP Itali ketika cuba mengejar pelumba lain untuk podium, sama seperti apa disaksikan di GP Jerman.

Quartararo berkata;

Memanglah susah untuk dia. Sejak 2020, dia dengan keadaan cedera, ada naik podium dan menang sikit. Tapi bagi aku, dia memang terbaik.

"Dia memang kasi 100 peratus (usaha) setiap masa. Orang sama yang terbabas lima kali hanya kerana nak jadi lebih baik, (atau) cuba nak jadi paling atas?

"Mental dia antara paling kuat kat sini. Satu peluang datang yang kau tau akan cedera, dan dia patah ibu jari pagi tadi, paksa diri sampai tahap maksimum.

"Pelik aku cakap ni, tapi aku ucap terima kasih untuk apa yang dia buat.”

“Motor Honda ini belok lebih baik sikit kalau nak bandingkan kami, tapi kami lebih baik sikit berbanding mereka ketika membrek. Jadi, kami dapat elak sikit kemalangan (untuk pelumba Yamaha), tapi kami juga tersekat setiap masa."

Quartararo menamatkan aksi Sprint dan GP Jerman di kedudukan ke-13 dengan memilih tetapan tayar belakang jenis lembut. Pelumba Perancis itu juga mengakui penggunaan tayar jenis medium belum tentu membawa perubahan signifikan.

Beliau berkata;

Melihat pada keadaan kami, aku cuba guna tayar soft. Memang silaplah!

"Aku ingat aku perlu lebih banyak grip untuk lap pertama selepas perlumbaan Moto2, tetapi aku sebenarnya tak dapat lebih banyak grip dan tayar melepuh banyak.

"Memang silap buat keputusan dengan pemilihan tayar. Tapi kalau tamat race kat P10 atau P13, itu bukan beza besar pun bagi aku."

SUMBER: Crash.net

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023 GP Jerman, Auto Terkini, Fabio Quartararo, Marc Marquez, MotoGP, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev