• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2023: Martin Juara Selepas Aksi Sengit di GP Jerman 2023, Marquez Retak Jari

#MotoGP2023: Martin Juara Selepas Aksi Sengit di GP Jerman 2023, Marquez Retak Jari

June 19, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


JORGE Martin dipaksa berhempas pulas sebelum dapat meraih juara dalam aksi GP Jerman 2023 di Litar Sachsenring, semalam.

Pelumba Pramac Ducati itu bersaing sengit dengan juara keseluruhan setakat ini, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) ketika perlumbaan berbaki 10 pusingan sebelum dapat mengesahkan kejuaraan.

Martin cuma 0.064 saat di depan Bagnaia, sekali gus melengkapkan kejuaraan berganda dalam aksi Sprint pada Sabtu lalu, sehari sebelum perlumbaan final. Ini juga kemenangan kedua Martin selepas GP Styrian di Austria sejak menjadi rookie MotoGP pada musim 2021.

Rakan sepasukan, Johann Zarco melengkapkan podium di tempat ketiga, sekali gus meletakkan tiga pelumba Ducati atas podium GP Jerman. Malah sembilan daripada 10 pelumba terbaik dalam pusingan kali ini ialah pelumba Ducati, kecuali Jack Miller yang mewakili pasukan Red Bull KTM, di tempat keenam.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) dan rakan pasukan, Franco Morbidelli sekadar meraih tempat ke-13 dan 12, Juara dunia lapan kali, Marc Marquez (Repsol Honda) pula terpaksa melupakan aksi final selepas terjatuh dalam aksi pemanasan (warm-up) yang menyebabkan jarinya retak. Rakan pasukannya, Joan Mir turut diketepi kerana cedera tangan.

BACA >>> #MotoGP2023: Pecco Juara GP Itali, Marquez Tambah Lagi Rekod Terbabas!
BACA >>> #MotoGP2023: Bezzecchi Juara, 8 Pelumba, Termasuk Marquez, Pecco Terbabas di Perancis

  1. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP23) 40m 52.449s
  2. Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP23) +0.064s
  3. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP23) +7.013s
  4. Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +8.430s
  5. Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +11.679s
  6. Jack Miller AUS Red Bull KTM (RC16) +11.904s
  7. Alex Marquez SPA Gresini Ducati (GP22) +14.040s
  8. Enea Bastianini ITA Ducati Lenovo (GP23) +14.859s
  9. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP22) +17.061s
  10. Miguel Oliveira POR RNF Aprilia (RS-GP22) +19.648s
  11. Augusto Fernandez SPA Tech3 GASGAS (RC16)* +19.997s
  12. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +22.949s
  13. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +25.117s
  14. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +25.327s
  15. Raul Fernandez SPA RNF Aprilia (RS-GP22) +25.503s
  16. Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP23) +28.543s
  17. Jonas Folger GER Tech3 GASGAS (RC16) +48.962s
  • Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP23) DNF

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Francesco Bagnaia, GP Jerman 2023, GP Sachsenring, Jorga Martin, Litar Sachsenring, MotoGP 2023, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev