• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-8S (2023) Versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM50.8k!

Suzuki GSX-8S (2023) Versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM50.8k!

June 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN V-Strom 800 DE (2023), Suzuki Malaysia turut melancarkan sportbike middleweight Suzuki GSX-8S (2023) versi CBU yang diimport dari Jepun ke pasaran Malaysia pada harga bermula RM50,800 seunit.

Model itu diperkenalkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022, dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Pearl Cosmic Blue (biru), Pearl Tech White (putih) dan Metallic Matte Black dengan Glass Sparkle Black (hitam).

Beriku perincian Suzuki GSX-8S (2023):

Trenkuasa 4-lejang 8-injap 270º dwi-silinder sebaris 776cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 83hp @ 8,500rpm, dan tork 78Nm @ 6,800rpm.

Setiap piston menggunakan metod imbang lawan (cross balanced) untuk mengatasi masalah lebihan getaran yang diposisi pada sudut 90º ke aci sesondol.

Transmisi manual 6-kelajuan dengan pakej sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan ciri anjakan pantas Quick Shifter dwi-hala (atas dan bawah) untuk anjakan naik dan turun gear lebih lancar dan mudah.

Ada tiga mod tunggangan: A (Active), B (Basic), and C (Comfort). Ada tiga tahap kawalan traksi boleh dinyah aktif, manakala Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tidak boleh dimatikan.

Ada teknologi Bantuan RPM Rendah (LRA), tetapi tiada ciri ABS Belok (ABS Cornering), pengesan miring Kawalan Traksi dan Kawalan Jelajah.

Panel meter digital LCD TFT 5 inci berwarna dan sistem lampu LED menjadi ciri standard, tetapi lampu signal belok masih mentol halogen.

Frem trellis serba baharu dengan swingarm aluminium. Memiliki dimensi panjang 2,115mm, lebar 775mm dan tinggi 1,105mm. Jarak roda 1,465mm, tinggi pelana 810mm dan jarak tinggi bumi 145mm, manakala berat 202kg. Kapasiti tangki minyak pula 14 liter.

Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) KYB di depan, tetapi tidak boleh laras (depan) dan monoshock di belakang.

Bahagian roda menggunakan rim aluminium 17 inci dengan tayar Dunlop Sportmax Roadsport 2 saiz 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang).

Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper Nissin 4-piston (depan), dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Sistem ABS dibekalkan sebagai standard.

BACA >>> Suzuki V-Strom 800DE (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM60.8k!
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar GSX-S150, GSX-R150, Harga Mula RM10k!

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, Naked Streetfighter 800cc, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022, roda2, Sportbike Naked, Suzuki GSX-8S (2023), Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my