NAMA Opai kembali menjadi hangat di media sosial selepas tular dakwaan akaun Facebook SCRUT mengatakan suami kepada aktres Fatin Afeefa itu bukan pemilik berdaftar sebenar nombor plat QPA1.
Menurut laporan Astro Awani, nombor plat QPA1 pernah digunakan pada kereta jenis McLaren milik Opai sebelum ini, sebaliknya SCRUT mendakwa nombor pendaftaran tersebut bukan milik lelaki berkenaan, tetapi syarikat Revenue Scope Sdn Bhd.
Berita Harian pula melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur kini menggesa pemilik sebenar McLaren itu supaya tampil membuat laporan selepas tular foto kenderaan tersebut, minggu lalu.
JPJ KL dipetik berkata;
Adalah menjadi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”
Opai atau nama sebenar, Aliff Awang pernah dikecam netizen selepas menyamakan kereta bukan supercar sebagai najis.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply