• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Perodua Axia Lama, Baharu Cecah Lebih 600k unit!

Jualan Perodua Axia Lama, Baharu Cecah Lebih 600k unit!

June 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PERODUA Axia mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2014. Sepanjang tempoh pengenalan hingga 31 Mei lalu, Perodua sudah mencatat jumlah pendaftaran terkumpul 606,756 unit.

Perodua Axia generasi pertama menerjah pasaran pada September 2014 sebagai model pengganti Perodua Viva. Model hatchback segmen-A itu hadir dalam empat varian pilihan: Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.

Model 2014 (foto atas) itu menggunakan trenkuasa 1KR-DE2 3-silinder 12-injap 997cc berkuasa 66hp @ 6,000rpm, dan tork 90Nm @ 3,600rpm.

Perodua kemudian memperkenalkan Axia versi dipertingkat (facelift) sebanyak dua kali, iaitu pada 2017 dan 2019 dengan enjin 1.0L (1KR-VE) VVT-i yang memberikan tambahan kuasa kepada 67hp @ 6,000rpm (+1hp), dan tork 91Nm @ 4,400rpm (+1Nm).

Pada Februari tahun ini (2023), Perodua melancarkan pula Perodua Axia (2023) generasi kedua dalam empat varian transmisi automatik: G, X, SE dan AV.

Model Perodua Axia (2023) masih menggunakan enjin lama 1.0L VVT-i, tetapi kali ini dipadankan transmisi automatik dual-mod CVT (D-CVT).

Perodua Axia E 2023

Semalam, Perodua Axia E (2023) (foto atas) diperkenalkan semula ke pasaran sebagai satu-satunya varian transmisi manual yang dibangunkan menggunakan model generasi pertama 2017.

Harga jualan asas Perodua Axia E (2023) ialah RM22,000, tanpa insurans. Ini bermaksud Perodua masih menawarkan dua generasi Axia kepada pelanggan di pasaran tempatan buat masa ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, generasi perodua axia, Harga Perodua Axia, Perodua Axia, Perodua axia 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my