• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?

Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?

March 21, 2017 By Abang GYL 14 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

moped 150 modenasAPA, moped 150 Modenas tak jadi nak jual dekat Malaysia? Ya, PanduLaju baru saja dimaklumkan oleh salah seorang sumber industri yang menyatakan model moped berkenaan tidak jadi dijual atas beberapa faktor.

Menurut sumber industri berkenaan, Modenas tidak akan melancarkan moped 150 tahun ini. Mungkin juga tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya.

Buat peminat yang ternanti-nanti kehadiran moped 150 Modenas, anda mungkin akan kecewa dengan berita ini.

Sebelum ini, PanduLaju ada menyiarkan artikel yang menyatakan Modenas bakal memperkenalkan moped 150 tahun ini. Jika anda terlepas sebelum ini, boleh baca artikel di bawah.

BACA >>> Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

APA JADI PADA ENJIN 150?

Persoalannya, apakah akan jadi pada enjin Modenas yang dibikin khas oleh jurutera anak tempatan itu. Adakah ia akan dibiar saja begitu atau mungkin Modenas ada perancangan lain.

Jika dibiarkan begitu saja, maka sia-sialah usaha keras jurutera Modenas yang sudah 'berkampung' hampir tiga tahun di Universiti Graz, Austria.

Ya, sedih memang sedih tetapi itulah hakikatnya. Nantikan artikel susulan sekiranya PanduLaju menerima info selanjutnya daripada sumber kami.

Sayonara moped 150 Modenas!!!

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda RS150R, Modenas, Moped, moped 150 modenas, moped modenas, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. joehaz says

    March 22, 2017 at 11:41 AM

    mungkin faktor permintaan kot. pengguna lebih ke arah yamaha dan honda.

    tapi xpe la, sekurang-kurangnya Modenas Dinamik ada kat jalan raya. masih ada yg percayakan Modenas.

    Reply
    • Anonymous says

      March 27, 2017 at 5:23 PM

      Betul2 joehaz, aku sendiri guna dinamik. Walaupun orang pandang aku macam takde masa depan punya budak, tapi aku sangat2 puas hati dengan motor tu. Seronok bawak motor tu, sebab dia ringan. Tak banyak hal nak handle kalau dalam traffic jam. Cuma kecewa jugak la moped 150 tu tak jadi keluar . Baru nak tambah sebijik lagi moped.

      Reply
      • Syawal says

        April 9, 2017 at 5:36 PM

        Meter motor ko ok tak lagi? Ke dah jem? Pasal aq nk pkai jugak motor atas faktor minat n murah berbanding Yamaha 125ZR

        Reply
  2. joePNG says

    March 30, 2017 at 2:24 PM

    jadi je.. xsilap tahun depan launch.

    Reply
  3. lol says

    April 7, 2017 at 12:39 AM

    suzuki dah tak juak kapchai kat malaysia, modenas amik jer enjin suzuki enjin belang (2016) FI yang keluar tahun lepas. taruk dalam kapchai dalam gambar tu.

    Reply
  4. Syawal says

    April 9, 2017 at 5:33 PM

    Huuuuu.....tak jadi jual rupanyaaaaaa!!!

    Reply
  5. Alang66 says

    July 8, 2017 at 8:24 PM

    Mungkin takut jentera Yamaha terjejas klauMoped150 kluar nnt

    Reply
  6. krakatoa says

    February 19, 2018 at 6:00 PM

    Permintaan untuk kapcai modenas 150 cc ada kalau kena dengan harga serta kualiti pembuatan. Selepas modenas memasarkan semula dinamik, generasi muda malaysia mula berminat untuk membeli motorsikal keluaran modenas yang sebelum ini dikategorikan mereka sebagai kapcai untuk orang tua. Modenas sepatutnya mengambil peluang ini untuk melancarkan pula kapcai 150.

    Reply
  7. Zulkifli bin malek says

    August 31, 2018 at 8:46 AM

    Masalah ketahanan enjin dan top speed masa ujian dan kajian dalam tempoh satu tahun. Enjin china sym punya (model lama) dan sym dah lancar 185 cc enjin baru

    Reply
    • Senusi B.Osman says

      October 6, 2018 at 8:17 AM

      copy paste perjajanjian MOU dengan kawasaki atau suzuki pun ok,janji ada persaingan 150, diantara jenama yang lain,Saya sokong 100% join venture dengan Negara Jepun,Saya masih setia dengan Modenas GT128 hingga sekarang cuma menunggu moped 150cc keluaran modenas

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev