• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hero MotoCorp Lancar Streetbike Xtreme 160R 4V (2023), Harga Mula RM7.1k!

Hero MotoCorp Lancar Streetbike Xtreme 160R 4V (2023), Harga Mula RM7.1k!

June 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HERO MotoCorp baru saja melancarkan siri streetbike Hero Xtreme 160R 4V (2023) untuk pasaran India bagi segmen 160cc dalam tiga varian pilihan: Standard, Connected dan Pro.

Siri Hero Xtreme 160R 4V (2023) adalah pengganti kepada model lama yang menggunakan enjin 2-injap (2V). Berikut perincian model baharu itu:

HARGA

Hero Xtreme 160R 4V (2023) ditawarkan mengikut varian dan harga seperti berikut:

  • Standard - 127,300 rupee (RM7,180)
  • Connected - 132,800 rupee (RM7,490)
  • Pro - 136,500 rupee (RM7,700)

PERUBAHAN KOSMETIK

Xtreme 160R 4V (2023)
Xtreme 160R 4V (2023) -1

Hero MotoCorp ada perubahan lampu utama dan menawarkan motosikal itu dengan skema warna baharu. Ada opsyen dwi-tona dan hadir dengan pelana terpisah selain tawaran pelana tunggal (one-piece).

NAIK TARAF TRENKUASA

Trenkuasa menggunakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 163cc penyejukan cecair berkuasa 16.6hp dan tork 14.4Nm yang membolehkan tambahan kuasa 1.5hp, manakala kotak gear klac manual 5-kelajuan.

TAMBAHAN CIRI

Selain sistem lampu LED, Hero Xtreme 160R (2023) baharu ini dilengkapi panel meter digital dengan paparan maklumat spidometer, takometer, odometer, trip perjalanan, baki petrol dan jam.

Ada juga konektviti Bluetooth dengan telefon pintar untuk akses notifikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon.

KOMPONEN BAHARU

Antara perubahan komponen ialah penggunaan fork terbalik (USD) warna emas, tetapi hanya untuk varian Pro.

Suspensi monoshock belakang boleh laras 7-tetapan, manakala sistem brek jenis cakera tunggal di depan dan belakang, sama seperti varian 2V. Ada juga varian menggunakan brek dram di belakang.

Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 0
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 1
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 2
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 12
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 3
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 4
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 5
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 10
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 11
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 13
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 6
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 7
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 8
Hero Xtreme 160R 4V (2023) - 9

SUMBER: BikeWale

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hero Motocorp, Hero Xtreme 160R 4V (2023), roda2, sportbike, streetbike, Streetbike 160cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev