• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dovizioso: "Marquez Payah Nak Masuk Sebab Ducati Memang Tak Perlukan Dia Pun"

Dovizioso: "Marquez Payah Nak Masuk Sebab Ducati Memang Tak Perlukan Dia Pun"

June 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ANDREA Dovizioso percaya Marc Marquez perlu meninggalkan pasukan Repsol Honda jika mahu memenangi satu lagi gelaran juara dunia MotoGP, sekali gus menyamai rekod pencapaian legenda Valentino Rossi.

Marquez masih terikat dengan kontrak bersama Honda hingga akhir musim MotoGP 2024. Bagaimanapun, pelumba Sepanyol mendakwa dibiarkan menunggang jentera yang 'tidak membenarkan pelumba menunjukkan kemampuan sebenar'.

Sepanjang musim ini, Marquez kerap terbabas dengan gagal menamatkan tiga perlumbaan, iaitu GP Portugal, GP Perancis dan GP Itali.

Menariknya, Marquez terbabas ketika bersaing dengan pelumba lain untuk merebut podium dalam tiga aksi perlumbaan tersebut.

Ramai melihat Marquez sebagai pencabar utama juara MotoGP 2023, dan situasi itu dapat menjadi kenyataan jika beliau menggunakan jentera yang sesuai.

Di GP Itali, Marquez memberi bayangan mengenai statusnya bersama Honda. Walaupun masih mahu bersama pasukan pengilang itu, tetapi beliau tetap mahu jadi sebahagian pasukan kemenangan tanpa mengira siapa pengeluar.

Dovizioso berkata;

Sukar kita tengok Marc bersaing untuk kejuaraan dengan Honda, situasinya dah macam Fabio (Quartararo) dengan  Yamaha.

"Marc tak ada motor yang bolehkan dia buat macam tu. Ketika ini, motor Jepun tak bagus macam zaman dulu-dulu kerana banyak sebab.

"Mereka buat kerja dalam cara berbeza dan banyak buat perubahan dalam struktur untuk cuba naik macam pengeluar Eropah. Nak buat itu pun ambil masa bertahun-tahun."

Sebagai mantan pelumba Yamaha, Dovizioso mengakui kebanyakan pengeluar Jepun kini ketinggalan di belakang pesaing dari Eropah.

Mungkin itu sebab Dovizioso berpendapat Marquez perlu beralih ke pasukan lain jika mahu merangkul satu lagi gelaran juara dunia, tetapi sukar jika membabitkan Ducati.

Dovizioso berkata;

Memang taklah. Mustahil sebab Ducati memang tak perlukan Marc pun. Aku rasa satu-satunya cara terbaik menang (title) adalah masuk satu jenama lain."

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023 MotoGP, Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP 2023, Repsol Honda, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my