• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Mahu Segerakan Subsidi Bahan Api Bersasar, Tapi Agak Rumit Dilakukan - PM

Kerajaan Mahu Segerakan Subsidi Bahan Api Bersasar, Tapi Agak Rumit Dilakukan - PM

June 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan  mahu mekanisme subsidi bersasar dilaksanakan secepat mungkin, tetapi sedar penetapan mekanisme tersebut (termasuk untuk diesel dan RON95) tidak mudah dan agak rumit.

Juateru beliau berkata, pihaknya sedang menimbang beberapa kertas kerja dan cadangan berhubung mekanisme berkenaan bagi memastikan dapat dilaksanakan lebih efektif dan segera.

Anwar berkata;

Kami sedang berusaha ke arah itu, sebenarnya ada satu pasukan sedang mengusahakannya sekarang ini, dan terdapat beberapa cadangan tetapi kami tidak beberapa yakin dari segi keberkesanan pelaksanaan. Tidak seperti bekalan elektrik, kita tahu itu rumah, kilang,... tetapi diesel suatu yang berbeza."

Menurutnya, pelaksanaan subsidi bersasar adalah bagi memastikan hanya golongan selayaknya dapat menikmati kemudahan tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata tidak munasabah Kerajaan meneruskan subsidi seperti kos mengerjakan haji dan elektrik, kepada golongan T20.

Ia memandangkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan Kerajaan kepada orang miskin sebelum ini, turut dinikmati golongan terbabit," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada Mei lalu berkata, penetapan mekanisme bagi pemberian subsidi bersasar, sudah 75 peratus selesai dan hasil perbincangan berhubung mekanisme itu membabitkan pelbagai jawatankuasa, akan dibentangkan di Kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan.

BACA >>> Menteri: Subsidi Bersasar Diesel Mula Tahun Depan
BACA >>> Subsidi Diesel Bersasar Akan Diperhalusi, Akan Guna Sistem Fleet Card

SUMBER: Bernama

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anwar Ibrahim, PM, subsidi bahan api bersasar, subsidi diesel, Subsidi Minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev