• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Malaysia Cari Pelumba Advencer untuk Saingan Rimba Raid Asia 2023, Ditaja Penuh!

KTM Malaysia Cari Pelumba Advencer untuk Saingan Rimba Raid Asia 2023, Ditaja Penuh!

June 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KTM sedang mencari pelumba kembara terbaik dan paling berani untuk menjadi sebahagian pasukan itu dalam sukan permotoran ekstrem Rimba Raid 2023!

Justeru KTM akan mengadakan pusingan kelayakan KTM Road To Rimba Raid Asia 2023 yang bakal berlangsung 25 Jun ini di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Perlumbaan Rimba Raid 2023 diakui cukup mencabar buat peserta yang perlu mengharungi pelbagai kondisi permukaan bumi dan halangan dalam format kiraan masa.

Perlumbaan terbuka kepada semua pemilik motosikal advencer (dwi-silinder, 500cc dan ke atas) dari Malaysia dan Singapura.

Penunggang berminat boleh mendaftar secara atas talian dan yuran perlumbaan RM350 akan dikenakan. Daftar di sini https://bit.ly/KTM-RRAQ23

Dua pemenang akan dipilih dari Malaysia dan seorang pemenang dari Singapura, akan menerima tajaan penuh untuk menyertai Rimba Raid 2023, termasuk yuran perlumbaan, penginapan, dan jentera KTM 790 Adventure R untuk berlumba.

Pemenang juga akan menerima sokongan teknikal KTM Malaysia ketika perlumbaan.

Selain itu, ada hadiah tunai kepada naib juara kedua, naib juara ketiga, dan tempat keempat, manakala semua penamat menerima pingat. Maklumat lanjut boleh rujuk https://bit.ly/KTM-RRAQ23

Rimba Raid 2023 dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos hingga 3 September 2023 di Pahang, Malaysia. Acara sukan permotoran itu menampilkan lebih 300 pelumba dari pelbagai negara yang bersaing dalam kategori berbeza selama empat hari.

Maklumat lanjut ikuti Facebook dan Instagram KTM Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini.

BACA >>> #Spyshot: Prototaip Skuter Elektrik KTM Dikesan Jalani Ujian di Jalan Raya Awam
BACA >>> KTM Berminat Miliki Saham MV Agusta, Rancang Rombak Strategi Bisnes

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: adventure bike, Auto Terkini, KTM 790 Adventure R, ktm malaysia, KTM road to Rimba Raid Asia 2023, off-road, Rimba Raid Asia 2023, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev