• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Perodua Axia E (2023) Transmisi Manual Kembali ke Pasaran, Harga RM22k!

Perodua Axia E (2023) Transmisi Manual Kembali ke Pasaran, Harga RM22k!

June 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA sebentar tadi memperkenalkan semula varian Axia E (2023) dengan transmisi manual ke pasaran tempatan pada harga jualan asas bermula RM22,000 tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Harga Perodua Axia E (2017) sebelum ini ialah RM24,900.

Perodua Axia E (2023) hadir dalam tiga warna pilihan: Ivory White (putih), Glittering Silver (perak) dan Granite Grey (kelabu). Hatchback segmen-A ini juga masih mengekalkan komponen dan rekabentuk generasi terdahulu.

Sekadar makluman, Perodua melancarkan Axia generasi kedua pada 14 Februari 2023 dalam empat varian transmisi automatik seperti berikut:

  • G - RM38,600
  • X - RM40,000
  • SE - RM44,000
  • AV - RM49,500
Perodua Axia E 2023

APA ANDA PERLU TAHU?

  • Varian E dalam siri Axia (2023) ialah model paling asas atau popular dipanggil ‘Axia kosong’ yang berasaskan model 2017.
  • Model ini dijana enjin 3-silinder aspirasi natural (NA) 1.0L (998cc) DOHC VVT-i dengan sistem suntikan bahan api (FI) yang menawarkan kuasa 67hp @ 6,000rpm, dan tork 91Nm @ 4,400rpm.
  • Sistem transmisi manual 5-kelajuan (MT).
  • Menggunakan rim keluli (rim kompang) 14 inci.
  • Set bampar depan tanpa lampu kabus dan bampar belakang mirip Axia (2017) tanpa sensor pada kedua-dua bampar.
  • Lampu utama jenis mentol halogen.
  • Antena radio jenis rod, tetapi varian E tidak diberikan sistem audio. Bagaimanapun, sistem audio dan pembesar suara boleh dipasang sendiri kerana Perodua menyediakan semua wayar pendawaian untuk sistem tersebut.
  • Cermin belakang tiada wiper pengelap atau pemanas cermin (defogger).
  • Perumah cermin sisi masih hitam, tidak dicat mengikut warna badan kereta. Perlu dilaras sendiri dari luar (tiada tuil laras dalam kabin).
  • Ruang kabin dwi-tona dengan papan pemuka, panel pintu dan kerusi serba hitam, manakala bumbung warna cerah.
  • Kluster instrumen kombinasi analog-digital, iaitu analog untuk spidometer dan digital untuk satu panel skrin kecil digital.
  • Tiada takometer. Skrin digital cuma memaparkan maklumat baki paras petrol, jarak perjalanan (odometer), dan peringatan servis selenggara. Tiada paparan jam digital.
  • Tombol penyaman udara jenis manual tuil fungsi kitaran udara kabin atau udara luar.
  • Stereng kosong tanpa sebarang butang kawalan fungsi. Menggunakan sistem kunci konvensional tanpa alat penggera keselamatan.
  • Tiada karpet kaki, kotak konsol tengah, rak pelapik ruang kargo dan bar pegang atas siling penumpang.
  • Kerusi dibalut material jenis fabrik hitam, barisan tempat duduk belakang tiada perehat kepala.
  • Dua beg udara dengan sistem peringatan tali keledar.
  • Dimensi panjang 3,640mm, lebar 1,620mm dan tinggi 1,510mm. Jarak roda 2,455mm dan berat kasar 825kg.
  • Radius pusingan sama seperti Axia generasi kedua, 4.5 meter.
  • Kapasiti but 260 liter.
  • Penggunaan bahan api (kitaran ECE) 22.5km per liter. Kapasiti tangki petrol 33 liter, kurang 3 liter daripada model generasi kedua.
  • Sistem keselamatan mendapat rating 4 bintang Asean NCAP.
  • Waranti pengilang lima tahun.

SASARAN JUALAN

Perodua mensasarkan jualan 1,500 unit sebulan untuk varian Axia E (2023), termasuk pemilikan individu dan jualan korporat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Perodua Axia E sudah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kami percaya varian ini akan memenuhi peranan semasa untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal memiliki kereta baharu.

“Berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan tempatan, kami mendapat hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E.

“Kos ini sama seperti perlu dibayar seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli.”

BACA >>> #Perbandingan: Inilah Beza Luaran Perodua Axia X (2023) vs Axia GXtra (2019)
BACA >>> #Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X vs Perodua Axia AV (2023)

Perodua Axia E 2023

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2023 Perodua Axia E, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua, Perodua Axia E (2023), Perodua Axia E Manual Baru 2023, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my