• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kymco Bangunkan Sistem Bantuan Radar dengan Teknologi Pengesan Titik Buta

Kymco Bangunkan Sistem Bantuan Radar dengan Teknologi Pengesan Titik Buta

June 14, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KYMCO sudah memfailkan permohonan paten berhubung penambahan bantuan radar dan juga mungkin pengesan titik buta untuk sebilangan produknya.

Imej yang diperoleh menunjukkan lakaran asas model skuter. Jika dilihat pada kluster lampu belakang, komponen untuk teknologi baharu itu dipasang di atas pemegang nombor plat (rujuk nombor 22).

Sistem itu nampak seperti sensor radar yang mungkin digunakan untuk sistem amaran titik buta, memaklumkan penunggang jika ada kenderaan datang dari arah belakang yang gagal dilihat menerusi cermin sisi.

Menerusi cara itu, sistem itu nampak seperti teknologi yang sudah digunakan untuk motosikal berkapasiti tinggi dan lebih mahal seperti Triumph Tiger 1200 Rally, GT Explorer, Ducati Multistrada V4 S dan KTM 1290 Super Adventure.

Teknologi sistem kawalan jelajah dengan bantuan radar dan pengesan titik buta jarang ditemui pada model dua roda bajet rendah, lebih-lebih lagi skuter.

Aplikasi teknologi termaju itu pada model skuter dilihat sebagai pendekatan terbaik memandangkan kenderaan dua roda seperti itu lazimnya digunakan di kawasan bandar dengan trafik harian tinggi serta boleh membantu menyelamatkan nyawa penunggang.

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Kymco, roda2, sistem pengesan titik buta motosikal, Sistem Radar Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev