SEMPENA pelancaran barisan model A-Class, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini turut melancarkan hatchback prestasi tinggi, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ (2023) versi facelift.
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ (2023) baharu ini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM509,888 untuk varian standard, dan RM539,888 (Street Style Edition).
Berikut perincian Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ (2023) facelift:
Trenkuasa
Hatchback ini dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L berkuasa 421hp dan tork 500Nm dengan transmisi dual-klax (DCT) AMG SPEEDSHIFT DCT 8G.
Sistem suspensi dijaga AMG RIDE CONTROL dengan opsyen AMG DYNAMIC SELECT untuk mengubah karakter pemanduan mengikut cita rasa
Luaran Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ (2023) Kemasan mendapat kit badan AMG dengan Pakej AMG Night, dan Pakej AMG Aerodynamic.
Bahagian roda dipasangkan rim AMG 5-jejari kembar 19 inci dengan kaliper brek merah.
Sistem lampu LED MULTIBEAM dengan bantuan sukuh tinggi adaltif Adaptive Highbeam Assist Plus, bumbung panorama, dan cermin sisi auto-lipat
Ruang kabin diserikan upholsteri kulit ARTICO/mikrofiber AMG MICROCUT hitam. Ada Rekaan aluminium AMG hitam/perak
Stereng dibalut material Nappa dan butang stereng AMG, pkej kerusi prestasi tinggi AMG dengan fungsi memori dan pemanas dan tali keledar merah
Juga disediakan perehat lengan belakang, kawalan penyaman udara automatik THERMOTRONIC, dan Pakej Light & Sight, serta Lampu ambien dengan 64 pilihan warna
Karpet lantai pula daripada AMG.
Antara ciri keselamatan diberikan ialah:
- Pakej Parkir dengan kamera 360°
- Bantuan Parkir Aktif (APA)
- Pakej Bantuan Pemandu
- Bantuan Penjarakan Aktif DISTRONIC
- Bantuan Pemantau Titik Buta (BSMA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Bantuan Brek Aktif (ABA)
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- KEYLESS-GO
- Pelindung kenderaan Guard 360°
- Sistem penggera
- Sistem Pemantau Interior (IMS)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
Unit multimedia menanpilkan sistem bunyi Burmester®, sambungan Internet LTE, Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
Papan pemuka diserikan unit infotainmen MBUX 10.25 inci dan kluster instrumen digital, juga 10.25 inci
Tidak dilupakan bantuan interior MBUX, paparan dongak (HUD), info trafik semasa, konektiviti telefon pintar Apple CarPlay dan Android Auto.
Juga ada Pakej Pemandu AMG, AMG TRACK PACE, pengecas wayarles, dan Pakej USB Plus.
AMG Street Style Edition
Diserikan warna Mountain Grey MAGNO dengan upholsteri kulit buatan daripada ARTICO/mikrofiber AMG MICROCUT hitam dengan sulaman benang jingga.
AMG berwarna gelap/jingga, juga ada AMG Night Package II. Gril radiator spesifik AMG digelapkaN, manakala lencana di belakang dan sisi dihitamkan beekilat.
Menggunakan rim AMG 19 inci, corak luaran istinewa, dan karpet lantai khas.
BACA >>> Mercedes-Benz A 200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line (2023) Lancar, Harga Mula RM238k
BACA >>> MBM Lancar Sedan Elektrik Prestasi Tinggi Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Harga RM798k!
Leave a Reply