• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Janji Volkswagen

BERITA AUTO: Janji Volkswagen

December 16, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1250611VOLKSWAGEN komited mahu menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih baik buat pelanggannya di Malaysia menerusi perancangan transformasi dalam masa terdekat.

Atas usaha itu, Volkswagen bakal memperkenalkan beberapa inisiatif buat  pelanggannya. Antaranya, program Pakar Volkswagen, program Jaminan Mobiliti, pesanan dan penghantaran alat ganti pada setiap hari.

Demi mengukuhkan lagi usaha transformasi ini, Volkswagen  komited untuk mengimplementasikan lima lagi inisiatif demi menawarkan perlindungan yang komprehensif bermula dari jualan hingga perkhidmatan selepas jualan.

Langkah-langkah transformasi adalah seperti berikut: 

  • Pelaburan lebih RM20 juta  ke atas aspek latihan dan pembangunan bakat-bakat tempatan.
  • Pemindahan pengetahuan dan latihan melibatkan 100 orang juruteknik yang baru dilantik.
  • Perkhidmatan Concierge – Bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan concierge yang profesional dan terbaik kepada para pelanggan di pengedar-pengedar sah terpilih.
  • Penubuhan tiga Pusat Kecekapan Teknikal – Kemudahan yang canggih ini akan menyediakan latihan terkini dalam semua bidang untuk melengkapkan kakitangan teknikal dengan set kemahiran dan kepakaran terbaik.
  • Pusat Alat Ganti – Sebuah pusat alat ganti akan dibuka di Malaysia untuk mengurangkan tempoh penghantaran dan menunggu alat ganti.

P1250594Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, Malaysia adalah pasaran penting buat Volkswagen. Selari dengan perkembangan jenama ini, pelaburan berterusan untuk menambah baik aspek khidmat pelanggan akan menjadi asas kepada semua aktiviti kami, sama ada jualan atau selepas jualan.

" Kami sudah memulakan perjalanan untuk membawa perubahan ini. Maka, inisiatif-inisiatif ini akan membantu kami memperoleh kepercayaan daripada para pelanggan di Malaysia,” katanya ketika berucap dalam satu acara Das Event di Malaysia yang bertemakan ‘Sentiasa di Sisi Anda’.

Dalam acara itu, Volkswagen turut berjanji mahu memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik buat semua pelanggan Volkswagen di Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Armin Keller, DNA Volkswagen, Janji Volkswagen Malaysia, Komited Volkswagen Malaysia, Langkah transformasi Volkswagen, Pelaburan Volkswagen, Sentiasa di Sisi Anda, Volkswagen Das Event 2014, Volkswagen Group Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev