• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian: KLIA Bakal Dinaik Taraf Bermula 2026

Kementerian: KLIA Bakal Dinaik Taraf Bermula 2026

June 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan menjelaskan rancangan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan bermula pada tahun 2026 pada ketika kapasiti terminal berkenaan mencecah paras 90 peratus.

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dikatakan sudah melantik perunding untuk membangunkan Kajian Pelan Induk KLIA pada 2019. Kajian itu adalah untuk tempoh 30 tahun, iaitu hingga 2050.

Kajian Pelan Induk itu juga merangkumi dua fasa menampung keperluan iaitu:

  • Pertambahan hingga 140 juta penumpang setahun (million passengers per anum - mppa)
  • Pertambahan keperluan kargo hingga 2.5 juta tan setahun

Kementerian Pengangkutan menjelaskan dua terminal di KLIA sebenarnya direka untuk menampung kapasiti berikut:

  • Terminal 1 KLIA: hingga 30 mppa
  • Terminal 2 KLIA: sebanyak 45 juta mppa

Jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat turut menjelaskan, berdasarkan unjuran pergerakan penumpang MAHB, kapasiti di Terminal 1 akan dicapai pada 2030, manakala Terminal 2 pula menjangkau melebihi 2030.”

PRESTASI TERMINAL KLIA

  • Pada 2019, Terminal 1 KLIA merekodkan 29.2 mppa, Terminal 2 pula 33 mppa.
  • Bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada 2020 menjejaskan pergerakan penumpang di KLIA pada tahun berikut, masing-masing susut kepada:
    • Terminal 1: 2.1 mppa (-90 peratus)
    • Terminal 2: 1.8 mppa (-96 peratus)

APA SEDANG BERLAKU DI KLIA?

  • MAHB sedang menaik taraf Sistem Transit Trek (TTS) dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) yang dijangka siap penghujung 2025 untuk kemudahan penumpang domestik dan antarabangsa.

PELAN STRATEGIK LAPANGAN TERBANG NEGARA (NASP)

  • Kementerian Pengangkutan mengesahkan status kajian NASP dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
  • Kajian itu menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik.
  • Tujuannya supaya pembangunan sesebuah lapangan terbang dilaksanakan mengikut keperluan sebenar berdasarkan data sahih dan tepat.

Kajian ini akan turut meneliti beberapa cadangan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bagi menentukan kebolehlaksanaan dan kemampanan sesebuah projek tersebut secara holistik.

“Pihak KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd selaku syarikat dilantik Kerajaan Negeri Kedah mengemukakan hasil kajian kebolehlaksanaan KXP untuk penelitian Kementerian yang meliputi dua laporan iaitu Laporan Teknikal dan Komersial.”

SUMBER:  Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kajian Pelan Induk KLIA, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), Sistem Pengendalian Bagasi (BHS), Sistem Transit Trek (TTS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev